2015

بسم الله الرحمن الرحيم



IT'S ALREADY 2015 and we have reached to 27th day. Banyak suka duka pada tahun lalu, sakit derita riang tawa pun boleh tahan banyaknya juga dipelajari. Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa, ada yang menenangkan jiwa tak lupa juga yang menyakitkan hati. Itu pengajaran buat aku. Tiba-tiba rasa lokek pula menulis belog, lama sangat menyepi - nak cari idea, masa, dan kerajinan nak menulis. Well, im not a good writer. Tak pandai ikut kronologi cerita mahupun sequence storyline. Sebab itulah kalau bersembang dengan orang, aku lah yang paling banyak sembur flashback. Kejap throwback kisah tu, tiba-tiba throwback cerita orang lain. Siapa faham tu baguslah, kalau yang berkerut-kerut dahinya, terpaksa lah aku tarik nafas panjang pejam mata kuat-kuat then cakap perlahan one-by-one cerita.

OK, back to entry 2015. Walaupun aku dah lama tak membelog, mata dan jariku masih mengganas untuk menjengah belog belog orang lain. Ramai juga yang sudah menulis azam 2015, flashback suka duka 2014, 2013, 2012 malahan pada tahun kelahiran mereka. Mataku yang acah-acah mengira berapa ekor kambing biri-biri yang membuat lompatan berpagar akhirnya boleh aktif apabila membaca pelbagai kisah manusia. Kejap ketawa, kejap meleleh, kejap lap hingus, kejap sigh, kejap gelak terbatuk-batuk. Macam-macam sungguh kisah yang Allah SWT rencanakan buat manusia. Di setiap kepahitan itu, mesti ada kemanisannya. Sebalik ujian yang ditimpakan haruslah ada hikmah untuk kita pelajari. Hah tengok, lari topic lagi.

I always wish that 2015 will be my great year. My lucky year. Sebab 2014, 2013, 2012, 2011,... bla bla bla.. were not my lucky years. Banyak sangat azam yang tak tercapai, only 1 out of 10 je yang tercapai. Aku percaya pada one statement ni, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak". Well, this is what I want to hold for this year, insyAllah. Let's cekidaut the list. It's just what I want to be, what I need to improve, and it's all about me (*AllAboutUs rhythm)

1. Jadi hamba Allah SWT yang bertakwa 

Beribadah kerana cintaNya, bukan sekadar mengikut perintahNya sahaja. Cinta Allah SWT itu adalah tujuan, cinta Rasulullah SAW adalah jalan. Jadi, perlu banyakkan selawat. Istiqomah dalam majlis-majlis ilmu. Banyak benda yang perlu dititikberatkan, entah cara solat betul, bab-bab kebersihan, wudhu, fikh haidh istihadah, solat jamak qasar. Hah, banyak benda nak belajar. Belajar sungguh-sungguh sebab nak Allah SWT cinta pada kita juga. Itu baru fikh zahir, tasauf belum lagi. Perangai serupa Iblis masih lagi ada dalam hati. Nafsu yang membuak-buak, nak itu ini, tengok perkara maksiat, selalu bersangka buruk, asyik marah-marah. So, agak-agak keadaan kita yang begini, sudikah Allah SWT cintakan kita? Mulut kata cinta tapi amal on-off-on-off. Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak" so kena buat semua ni barulah boleh raih cintaNya.

2. Penyejuk mata dan jiwa buat Ayah dan Mama

Mudah sahaja nak jadi anak solehah, kita dengar dan ikut sahaja kata-kata orang yang dah bersusah payah membesarkan kita. Redha Allah SWT terletak pada redha ayah mama. Macam biasalah, apabila kononnya penat belajar kat Uni jadi bila pulang ke kampung halaman nak jadi sang raja pula. Buat itu malas, buat ini tak nak. Mana lah depa tak marah. Bila dah marah, mula rasa serba salah pula. Nabi SAW pernah bersabda, antara umat yang dia cintai adalah mereka yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Juga, teringat kisah waliyullah, Uwais al-Qarni sangat menjaga ibunya dan Syed Mokhtar al-Bukhary yang mendahulukan ibunya dalam segala hal sehingga beliau menjadi seorang yang hebat kini. Bila dengar atau terbaca kisah kehilangan ibunya buat selama-lamanya, mula rasa menyesal tak jadi anak yang baik lepas tu buat lagi. Jangan sampai mereka tiada baru, terhegeh-hegeh berjanji untuk taat. Paling pedih bila mak kita cakap kita kuat melawan, boleh tahan sentap itu. Zahirnya kita rasa kita tak melawan, cuma menyatakan pendapat rupanya itu dianggapnya melawan kata. Mungkin lepas ini, hanya angguk dan geleng sahaja menjadi respon.  Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak" boleh diiktiraf sebagai penyejuk mata jiwa ayah mama.

3. Sahabat yang membahagiakan

Ramai mereka yang sudah bersahabat denganku lebih 3 tahun pasti jawapan mereka, "kau ni heartless sungguh!". Heartless pun dalam hati ada taman ok? Ada macam-macam jenis bunga dan buah-buahan lagi. Tapi, memang itu hakikatnya. Aku jarang nak meluahkan sayang dengan kata-kata, menyatakan maaf, bertanya itu ini sebab entahla. "Heartless" dan "ego". Selalu juga ditegur dengan perangai seolah-olah minta penumbuk sepam dua. Terkadang tak fikirkan perasaan orang, main sembur je sana sini walaupun niat hanya untuk bergurau. Tapi, depa pun main kasaq dengan aku jugak? "What you give, you get back". Banyak juga bertemu dengan sahabat-sahabat yang suka membantu, menyayangi, baik hati dan macam-macam lah. Mengambil sabdanya,"tidaklah sempurna iman seseorang itu andai dia mencintai saudaranya melebihi dirinya sendiri". I have not reach to that level, melebihi orang lain dari segala-galanya. Iman belum mantap, masih ada selfishness yang terbenam dalam hati ini. Tolonglah robek jantungku dan semai dengan cinta kasih sayang. Banyak dosa aku pada orang lain ini, minta maaf pun belum lagi ni. Ampun dan maaf andai aku pernah menyakiti hati sesiapa melalui kata-kata, perbuatan dan hati kotor ni. Suka sangat baca kisah sahabat-sahabat Nabi SAW, sebab itulah baginda dicintai oleh sahabat-sahabatnya dan orang sekeliling.Sesiapa yang mahu dikasihi, dia perlu mengasihi dulu. Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak" maka, berubah menjadi orang yang berbahagia kau akan jadi orang itu.

4. Wanita yang memberi manfaat

Di dunia yang penuh pancaroba ini, tanpa disedari kita (wanita) sedang merembes fitnah kepada dunia sekarang. Melalui alam maya mahupun di realiti. Siapa itu wanita yang bermanfaat? Mereka itu adalah yang menyebarkan kebaikan kepada orang lain, tak lokek membantu walau dalam apa jua keadaan. Segala masalah akan cuba diselesaikan, tidak terlalu mementingkan diri seniri, sentiasa memikirkan masalah ummah dan cari solusi tanpa sibuk dengan dunia Fb, WhatsApp, Kicauan dan macam-macam lagi. Apabila orang bersama dia, orang tidak pernah berasa payah dan susah tetapi senang dan gembira. Orang yang memberi manfaat kepada orang lain memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Semoga Allah SWT memberikan kemampuan itu kepada kita. Pengorbanan. Ringkas tapi sakit. "Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan memudahkan urusannya di akhirat kelak". Ayuh kita usaha ke arah itu! Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak"iaitu menjadi orang yang bersyukur dan menyebarkan manfaat kepada orang sekeliling.


I wish that this year will be our lucky year. Allah SWT always knows what resides in our heart, He listens our prayers, He sees what we do. We only find Him when we are depressed but He always lift us high when we forget Him. Love Allah SWT, love Rasulullah SAW. And I am trying to love all the people around me and appreciate everything.





kering

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang-kadang cara orang layan kita adalah pantulan dari sikap kita sendiri. Andai kita suka mencarut, maka orang akan layan kita dengan banyak kata-kata carutan. Kalau kita baik seperti pijak semut tak mati jadi orang lain akan layan kita sebaiknya.

Kita, punya sikap yang berbeza. Ada satu masa kita rasa perlu menyendiri, lari dari segala masalah dan pandang ke arah Kaabah. Orang lain pula salah sangka, sakit juga rasanya. Hati ini perlu di didik dengan rasa "heartless", tak mudah gelabah dengan kata-kata negatif orang lain.

Terima kasih kepada mereka yang melayan diri ini seperti:
1. orang buduh
2. budak kecil yang boleh bagi gula-gula kapas
3. sebagai insan yang dihormati

kerana layanan anda terhadap diri ini telah menunjukkan sikap kita terhadap yang lain. Percayalah, tiada manusia yang dirinya bersih daripada dosa kecuali Rasulullah SAW. Maka, teguran dari kalian amat diperlukan untuk terus mencapai redhaNya.


Ummi

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanggal 19 Mei 2014,

Tepat jam 8 malam, seusai sahaja menunaikan solat Maghrib, Setelah kepenatan menguasai diri, ku gagahkan jua tangan ini untuk mendial nama yang disimpan sebagai "Mama".

"Assalamualaikum, kat mana tu?", itu soalan pertama yang wajib ditanya kerana kalau beliau masih di opis, risau terganggu kerjanya. Almaklum, pekerjaannya boleh mencecah selewat jam 11 malam.

"Kat rumah dah. Buat apa tu?"

"Baru lepas solat, tengah bercakap guna talipon la ni"

"Takde test ke? Tak reti nak study?"

"HEHE. satg ceq study lah. Ni haa nak wish selamat hari lahir. Walaupun esok, kita wish awal ek? Takut terlupa dan terlewat. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat serta dipermudahkan urusan"

Di hujung talian, beliau berdiam. Terkesima mungkin. Dan tiba-tiba ku terdengar seperti bunyi menahan tangisan.

"Terima kasih", dalam suara yang serak-serak menahan tangisan mungkin.

Air mata ku turut mengalir. Kalau Mama menangis, aku pasti turut serta seperi merasai apa yang beliau rasai. Momen itu paling sukar untuk dilupakan.


Baru ku sedar, dia amat perlukan doa dari anak-anaknya jua. Dan ingin aku memberitakan kepada-Nya bahawa aku bersyukur dihadiahkan seorang ibu yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk anak-anaknya. She's my SuperMom!

p/s: i miss her

Source: Google Image




Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Semakin kaki langkah maju ke hadapan, semakin banyak ujian membadai diri. Terkadang diri terfikir bahawa sejarah mana mungkin berulang. Hakikatnya, ia sering berulang bagi memperingatkan diri. Cuma diri rasa kosong dan tidak berperasaan.

"Ahh! Persertankan semua itu!"

Itu tahap paling "penat" dengan semua ini. Diri ini manusia, bukan punya kudrat yang kuat dari segi emosi apatah lagi fizikal. Diri juga perlu mengasingkan diri kerna setiap hati perlu muhasabah kembali apa improvisasi diri yang perlu dikecapi.

Aku insan lemah dan penuh dosa. Berilah aku ruang.

Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu,
Pemikiranmu kurang matang,
Masih tebal hal keduniaan di dalam hatimu,
Kau menangis atas perkara yang menjijikkan,
Kau meletakkan orang yang banyak berkorban untuk diri di tangga tercorot,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Kau rasa kau dah temui kebenaran,
Hakikatnya, kau melalui jalan yang berliku-liku,
Sukar untuk kau lepaskan insan yang bukan membawa kau ke jalanNya,
Kau berani pilih sama ada melepaskan cinta Tuhan,
atau meneruskan cinta makhluk yang palsu dan penuh noda,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Kau akhirnya sedar cinta Tuhan mengatasi segalanya,
Itupun setelah kau dijentik dengan ujian kelemahan kau,
Kau berpaling padaNya,
Memohon melepaskan sifat kecintaan dunia dari hatimu,
Tapi kau tak pernah pun berusaha melakukannya,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Semakin kau mendekati orang-orang yang mendekatkan diri pada Tuhan,
Kau sedar bahawa Dia tak pernah bencikan kau,
Malah Dia cinta sayang dan rindu pada rintihan kau,
Buktinya Dia mencampakkan kau bersama insan-insan yang soleh/ah,
Di mana bercerita tentang Dia sehingga kau tersentak menangis penuh insaf,
Niat kau ibarat seorang raja membina sebuah istana emas,
Tetapi amal perbuatan kau masih tak ubah seperti
anjing yang menjilat najisnya,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Berdoalah engkau,
Memohon agar dipermudahkan jalan,
Istajib du'a ana (Perkenankan doaku),
Serta meletakkan dunia di hujung tangan tapi mendakap akhirat erat di hati,
Kerana Dia Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat, Maha Santun dan Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku di hati.
Malu itu kau perlu ada. Kerana sabda kekasihnya,
malu dan iman itu perlu seiring. Itulah sifat orang mukmin.

Misi mencari Allah SWT masih jauh lagi perjalanannya. Kau yang merasa jauh tapi hakikatnya, Dia berada sangat dekat. Muhasabah.

Semester

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir sebulan menjejaki ke fakulti Pengurusan di bangunan T08. Dalam hati, masih berat lagi untuk belajar. Mungkin otak dah berkarat manakan tidak menghabiskan masa selama 3 bulan di rumah sahaja. Ada sahaja aktiviti-aktiviti merapu yang dibuat, bukannya nak usaha menajamkan minda. Herm, itu sangat mengecewakan.

Semester kali ini hanya mempunyai 14 kredit, 
"OK lah tu, takde lah berat mana pun. Kalau masih tak dapat skor tak tahu lah nak cakap apa lagi", bisik hati.

Kali ini semua subjek menyenangkan hati dan kurang membebankan. Ada pensyarah kegemaran mengajar pada semester kali ini. Walaupun subjek yang diajar so-so tapi, cukuplah mempunyai pensyarah yang selalu cuba menarik perhatian dengan telatahnya, cukup mencuit hati! 

Basically, semester sebelum ini banyak sangat cakap pasal theory sampai aku nak termuntah atas buku teks setiap subjek. Bukan apa, theory dalam kos management ni sampai bila-bila pun takkan pernah surut, ada sahaja theory sepanjang zaman. Perbezaan pendapat itu kan harmoni, bak kata orang.  

OK berbeza pula dengan sem ini, 3 subjek tiada cakap pasal theory tapi lebih kepada realiti dan fakta. OK, mungkin ini kot yang kena dengan jiwa aku. Subjek Sains, Teknologi dan Manusia adalah subjek umum yang bagi aku berkenaan hubungkait antara pembangunan manusia dengan sains&teknologi, jadi pensyarah ini banyak memberi pandangan berkenaan S&T dari pelbagai sudut. Dari mana datangnya S&T dan beliau pun menceritakan kewujudan S&T. Kelas ni aku memang minat sangat! Sebab pensyarah ni open-minded. Tak lokek berkongsi ilmu pengetahuan am, tentang agama sebelum kedatangan Islam dan macam-macam lagi. Mungkin ini disebabkan aku terlalu obses dengan karya Ustaz Hasrizal.

Next kelas tentang Commercial Law. Since aku pun dah ambil subjek ni masa diploma boleh ingat sikit-sikit sesetengah chapters. Uniknya subjek ni adalah kes yang dibicarakan. Aku suka mendengar defenden, plaintif serta appellant dan respondent. Dalam subjek ni, banyak memberi aku "a deep thought". OK, bukan mudah jadi seorang hakim. Membuat keputusan yang melulu boleh menyebabkan kehancuran orang ramai. Dan pensyarah tak habis-habis tekankan "rakyat hanya tahu menunding tapi yang menanggung keputusan hakim jua". Cumanya, aku banyak tertanya-tanya kenapa Malaysia masih terikat dengan undang-undang British walaupun hakikatnya undang-undang Islam itu sendiri sudah sempurna. Tengoklah nanti kelas terakhir aku akan tanya, lagipun pensyarah ni tegas. Beliau suka mengetap bibir, tu lagi menambah ketakutan.

Ketiga, kelas Finance & Investment decision. Well, aku cuak juga mulanya. Tertanya samada kelas ni banyak guna formula ke tak atau pakai calculation yang complicated macam budak engineering guna. Kalah Calculus lah kononnya. Rupanya banyak teori, siap lecturer ni mentioned lagi, "korang akan ada buat study case, hah hadam lah puas-puas. Usah risau kira-kira tu tak banyak pakai pun." So, aku senyum tanda suka. Dah lama tinggalkan matematik jadi, kiraan secara congak ni makin lemah dan lembap. Kelas ni banyak cerita pasal Malaysia, seperti perancangan kewangan yang dilakukan serta dasar polisi kerajaan. Walaupun lecturer aku ni pro-BN, beliau kritik juga cara kerajaan mentadbir Malaysia. OK, bagus lah pun tak berat sebelah. Kita orang profesional, kena pandai menilai menggunakan ilmu yang ada. Kelas ini pun aku enjoy juga sebab lecturer ni "lawaknya agak keterlaluyan". Memang tak kering gusi, keluar je kelas pun masih senyum lagi sampai terbawa-bawa ke kelas seterusnya.


Itu sahaja lah pasal semester ni. Well, aku sekarang cuba untuk kurang merungut dan beralasan tapi entah kadang-kadang tu memang penat sangat-sangat. Apakan daya, itu semua amanah. Semoga kita semua dipermudahkan urusan hendaknya.

travel-tips

بسم الله الرحمن الرحيم

OK, entry kali ni akan bagi tips je untuk travel, well ni aku buat based on review kat blogs, pemerhatian dan thoughts. Boleh juga diaplikasikan untuk traveller. Nak dipendekkan cerita, aku jenis simple, tak nak serabut sangat, lagi sikit lagi bagus, dah boleh expect apa yang berlaku. Tu jenis aku.

Trip ni pun mak aku fully-support, senang cerita aku jadi assistant dia untuk angkut barang, convert duit dan penasihat gaya. Ini murah apa kelebihan, ini mahal apa keburukan. Kalau dapat lagi murah lagi aku nak haha.

Sebelum:

  • Cuba buka blogs yang pernah pergi ke Bandung, cuba hadam experience mereka pergi ke sana. Atau bersemuka dengan orang yang pernah pergi ke negara itu, mudah untuk bertanya soalan. Kebanyakkan kata Bandung ni best, syurga shopping. Ermm.. pendapat aku, takdelah syurga mana pun, tak setuju dengan statement tu. Dulu, mungkin ya. Sekarang peniaga pun bijak tahu kita ni foreigner jadi dorang akan mark-up kaw-kaw punya. Harga foreigner dan locals berbeza. 
  • Baca itinerary yang diberikan, selalunya dapat 2 minggu sebelum trip (sekurang-kurangnya). Jadi, aku akan expect apa yang aku perlukan sepanjang perjalanan. Cth macam aku perempuan perlukan telekung, extra panties dan pantyliner. Itu biasa, satu kerperluan jua.
  • Pastikan passport tamat tempoh lebih dari 6 bulan pada hari trip tu.
  • Siap beli barang-barang keperluan macam toiletries; untuk pastikan badan harum sentiasa dan juga makanan ringan macam coklat, biskut dan MaggieCup.
  • Baju aku bawak memang simple sangat: 1pasang pyjamas, 1 suar jeans (pakai 3 hari), 2 helai baju (1 t-shirt, 1 blous), coat dan 3 helai tudung (1 shawl, 2 ala-ala Ariani). Untuk mengurangkan beban beg. Aku pun tak pening bila dah pakai nanti sebab aku expect aku akan shopping baju so, aku akan pakai baju yang aku shopping. Malangnya, itu sama sekali tidak berlaku haha.
  • Luggage macam biasa memang aku bawa 2 (satu untuk mama, satu untuk aku) dan schoolbag (simpan telekung, tisu, duit dsb)
  • Pastikan sampai airport awal, tolong jangan lengah-lengahkan masa. Sekarang masa pun berjalan dengan terlalu pantas sampai kita pun tak sempat nak kejar. Buat last check: duit, IC dan passport. Duit belanja kalau jenis tak kuat shopping Rp.1juta untuk 4 hari pun cukup untuk 3 hari: makan dan sikit cenderahati.
  • Print waktu solat di negara yang kita nak pergi, waktu dia dengan Malaysia sangat berbeza. Di Indonesia, jam 6 pagi mereka dah macam jam 8 pagi kita. Waktu mereka lewat sejam, jadi masa dalam flight, siap-siap tukar jam ke waktu Indonesia.
  • Buatlah solat sunat musafir, supaya perjalanan kita ni mudah dan diredhai. Tiada kecelakaan dan menyenangkan urusan kita dan semua. Solat ni aku rasa memang sangat penting sebab kita memang tak tahu apa yang kita bakal hadapi. 
Semasa:
  • Acara program berubah itu biasa, bergantung pada kita nak adapt perubahan tu. Kita memang sentiasa kena banyak bersabar dan memerhati keadaan sekeliling. Andai terleka, semua benda nak menyesal pun tak berguna lagi.
  • Kalau boleh, cuba dapatkan nasihat tour guide berkenaan tempat yang kita nak pergi. Kita orang baru dan jangan pula berlagak seperti kita dah tahu semua benda. Orang yang dah tinggal lebih 10tahun lebih berpengalaman tahu bila macet (jammed), hari libur dan sebagainya.
  • Well, solat aku di sana memang sangat-sangat tak teratur. Aku pun tak tahu nak salahkan sesiapa, cuma nak salahkan diri sendiri je sebab tak bertindak dengan lebih tegas herm. Bila kita pergi ke group yang bukan geng solat, itu paling payah sekali nak urus sebab stok2 begini semuanya nak cepat-cepat dan laju-laju kejar masa. Itu memang aku paling kesal sekali, Melayu pulak tu. Bangsa lain tak kisah, cuma diorang cakap selesaikan je solat tu dulu. Tolong jaga solat, kalau boleh paksa tour guide berhenti mana-mana musholla. Itulah perkara yang paling aku kesal kat sana.
  • Jaga beg itu elok-elok. Macam aku, mama memang dah siap convert duit dan kami bawa lebih dari Rp.3 juta, jadi aku memang letak setiap sejuta dalam sampul yang berlainan dan diletakkan di tempat berlainan supaya, kalau hilang bukan hilang semua sekali haha. Perbelanjaan kami sehari pun dalam Rp.1 juta atau kurang (termasuk makan dan shopping), kecuali kat Pasar Baru memang hampir Rp.4 juta habis MACAM TU JE.
  • Penjual kat sana aku rasa diorang kreatif sangat, tu memang aku puji la. Buat muka sedih, turunkan harga, tambahkan barang siap free gift haha. Memang macam-macam cara mereka guna untuk pembeli attract kat barang mereka. Tapi, aku pun kekadang takut juga sebab dorang akan pandang, walaupun aku geleng selagi tu lah mereka akan datang dekat. Kita cakap je, "takpe, terima kasih". insyALLAH lama-lama nanti dorang faham lah.
  • Aku lebih suka mengamati pemandangan dari shopping. Aku lebih suka makan dari shopping. Entah, macam aku lebih hargai mata yang aku nak lihat, benda yang aku nak rasa. Kehidupan di sana aku tengok macam sadis pun ada, rumah dah macam setinggan dah. Ada je yang gah-gah tapi itu pun 30% je, siap takde orang yang diami pun. Ada je rakyat mereka yang miskin (bukan fakir- sebab ada handphone) dan kaya. Tapi, sawah padi memang belambak lah.
  • Aku merasakan berat aku naik dengan mendadak di sini, aku makan memang tak ingat dunia. Tak ingat pesan Rasulullah SAW, makan bila lapar henti bila kenyang. Mission failed, hihi. Makanan dia ya Allah sumpah sedap, memang aku hargai betul air tangan orang Indonesia.
  • Kat Tangkuban Perahu, ada lah penjual tu jual strawberi. dia bagi 4 pek strawberi & 1 pek raspberry = Rp.60rb -> RM12. Jadi kami pun beli sebab dia punya pujuk setengah jam, penat dah nak dengar tapi memang manis dan sedap lah. Lagipun, kami tak singgah ladang strawberi. 
  • Kalau nak shopping, cuba nego harga dari 50% ke 70%, kalau tak dapat, pergi lah ke kedai lain sebab banyak je pilihan yang ada. Jangan buang masa kat satu kedai je. Selalunya, bila kita nak angkat kaki dari kedai tu, akhirnya mesti penjual tu akan bagi harga yang kita nak ATAU dia kan tambah Rp.10rb lagi. Aku dah nampak permainan dia. TAK TAHAN GUNA AYAT "Harga pecah TELUR, buk". Lepas beli, mesti dia doakan, "moga diberkati dan dimurohkan rejeki". Kita pun jawab lah, "ya, untuk kamu juga".
  • Bahasa mereka mudah je difahami. Cuma ada sesetengah ayat agak pelik dan confusing. Tak berdosa pun tanya mereka ayat apa yang mereka maksudkan. Rakyat mereka sangat baik dan peramah. Tandas yang aku pergi setakat ni bersih je tapi pergi restoran punya jelah.
  • Ya, lagi satu surau mereka campur laki perempuan kalau ada tirai pun, jarang-jarang kayu dia tu. Aku memang naik stress dengan perkara ni. Tempat wudhu pun takde penghadang, bayangkan ambik air sembahyang sebelah lelaki, rasa nak pitam. Terpaksa ambik kat tandas, takde dah choice lain.
  • Kalau pergi Bandung, cuba lah try jus 3 layers: avocado, manggo dan durian belanda. Memang sedap, ingat Malaysia je ke ada Teh 3 layers haha.
  • Di Pasar Baru, kalau boleh dapatkan khidmat untuk orang angkut barang dan guide kita. Itu lagi baik sebab dia akan memudahkan urusan kita. Cakap je mana nak pergi, dia akan terus meluru ke kedai tersebut. Ada 1 kedai kat Pasar Baru jual barang cenderahati murah-murah. Engkorang bayangkan 10 keychain boleh dapat RM4 je. Gila tak gila di situ.
  • Aku dah jadi assistant, jadi aku akan sentiasa pegang kalkulator kat tangan untk bersedia convert Rp ke RM haha. Pengiraannya mudah sahaja:
1Rp. > RM0.03
Harga barang tu Rp.10 ribu, berapa harga dalam RM?
10ribu x 0.03 / 100 = RM3

RM0.03 > 1Rp.
Situasi seperti di atas, cuma tukar je nak harga RM3, berapa dalam Rupiah?
3 / 0.03 x 100 = Rp. 10 rb

Selepas:
  • Unpack barang dan distribute kat kawan-kawan yang upah korang beli barang hehe.

"Andai kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, Allah pasti menambahkan nikmat itu lagi"
"Jadilah musafir yang menghargai alam dengan apa adanya"

Bandung

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah post kali ini saya ingin review tentang trip ke Bandung. Entri kali ni simple je tapi panjang. Means cuba untuk padatkan poin-poin yang mungkin sesape teringin nak melawat ke negara nusantara Melayu ini. First of all, trip ini under travel agency ( Kembara Ilmu Travel ). Dalam group ni 20 orang, RM800/pax. Ok let me illustrate the itinerary before trip.

Jumaat (29 Ogos 2014)
11.30pm:  Bertolak dari Ipoh

Sabtu (30 Ogos 2014)
3.00am: Tiba di KLIA2
7.00am: Flight ke Jakarta
9.30am: Tiba di Sokaerno-Hatta Int Airport)
        - Sight-seeing di Monas
        - Shopping di Tanah Abang
        - Bertolak ke Bandung, bergambar di Masjid Agung
7.00pm: Check in Hotel Malaka, di Jalan Palasari

Ahad (31 Ogos 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Pergi ke Tangkuban Perahu, Ladang Strawberi, lunch
2.00pm: Shoping di Toko tiga, Jln Cibaduyut, Rumah Mode
8.00pm: Pulang ke hotel

Isnin (1 Sept 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Shopping di Pasar Baru
           : Last round di Bandung
1.00pm: Bertolak ke Jakarta
9.30pm: Flight ke Malaysia
11.30pm: Tiba di KLIA2

Selasa (2 Sept 2014)
4.00am: Tiba di Ipoh


OK. apa yang included dalam pakej trip ni:

  • Breakfast (hotel)
  • Tip pemandu/ tour guide (bekerja kurang dari jam 8pm, lebih kena bayar tip)
  • Flight ticket (AirAsia)
  • Hotel
  • Sewa MPV dan Coaster

*entri ni takde gambar sebab saya memang tak banyak ambil gambar, lebih kepada menikmati apa yang ada di hadapan mata*

Next, ini yang berlaku apabila berada di tempat/ waktu kejadian.


Jumaat (29 Ogos 2014)
12.00am:  Bertolak dari Ipoh (lewat setengah jam)

Sabtu (30 Ogos 2014)
3.30am: Tiba di KLIA2 (lewat setengah jam)
7.00am: Flight ke Jakarta
9.30am: Tiba di Sokaerno-Hatta Int Airport)
             - Bertolak ke Bandung
             - Makan tengah hari di R&R, masakan Padang di restoran Simpang Raya
             - Shopping kain Pasang di D'Fashion
             - Shopping di Outlet Ralph Lauren Polo
             - Makan malam di Rumah Belacan (Makanan Sunda)
7.00pm: Check in Hotel Malaka, di Jalan Palasari

Ahad (31 Ogos 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Pergi ke Tangkuban Perahu
1.00pm: Lunch di Gedug Makan Meng Engkreng di Bdr Lembang
4.00pm: Shopping di Rumah Mode
8.00pm: Spa di Mariyati, Jln Setiabudhi
11.00pm: Pulang ke hotel

Isnin (1 Sept 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Shopping di Pasar Baru
           : Last round di Bandung
1.00pm: Bertolak ke Jakarta
9.30pm: Flight ke Malaysia
11.30pm: Tiba di KLIA2

Selasa (2 Sept 2014)
4.00am: Tiba di Ipoh

OK, always expected the unexpected. Kalau dah trip dengan group, memang macam-macam pe'elnya. Ada yang jenis lambat bergerak, ada yang nak terlalu ikut itinerary, ada yang nak cepat sangat. Itu adat berjemaah (berkumpulan).

Ni komen saya di setiap tempat saya pergi, apa yg saya perhatikan dan apa yang saya rasa nak komen hewhew.

KLIA2
  • Sangat-sangat besar dan luas, dari tempat check in baggage ke tempat menunggu dah macam nak lari pass baton 1000x4 mtr. boleh nampak kan jauhnya dia.
  • Walaupun begitu, banyak sangat kerusi untuk orang yang berpenat lelah berlari ke sana ke mari di sepanjang jalan
  • Ya, surau pun banyak juga. Amat selesa walaupun kecil yang hanya muatkan dalam 12 orang (selepas check-in baggage)
Sokaerno-Hatta Airport, Jakarta
  • Memang beza antara langit dan bumi dengan KLIA2. Struktur bangunan sangat simple dan agak outdated.
  • Tempatnya bersih dan selesa tapi tak banyak provide kerusi sebab orang naik flight dari situ terlalu ramai.
  • Keluar je bangunan, memang ramai offer "pak supir", ada yang paksa suruh naik cab dia tapi, saya kan dalam group jadi golongan ini faham yang kami ni mesti bawah travel agency. So, diorang tak ganggu laluan kita
Highway Jakarta-Bandung
  • Kiri-kanan sawah padi, dah rasa macam jalan-jalan kampung pula di Kedah
  • Lebuhraya pun ala-ala Malaysia juga, ada 3 lorong, ada signboard. SEBIJIK.
  • Kalau ada sawah, ada rumah lah jugak di situ. Tapi jarak dari satu rumah ke rumah yang lain ya ampun jauh macam padang terkukur.
  • Sungai banyak sangat sampah, itu di kawasan bukan sawah tapi macam rumah buruh yang kenis flat-2-tingkat. Saya tengok sungai tu pun dah tercemar kesuciannya.
Makanan Padang di Restoran Simpang Raya
  • Jenis hidang makanan banyak lauk. Once touched, considered sold. 
  • Lauknya memang sedap, kena sangat dengan selera orang Melayu. Paling saya layan sambal bercili hijau dan ayam bakar.
  • So, kami makan dalam 4 orang satu hidangan - seorang bayaran dalam Rp.70rb= RM20, kalau kat Malaysia dengarnya lagi mahal kaw-kaw. Tapi, saya tahu sebenarnya harga mahal tapi yela foreigner kan, dia caj lah lebih 30-40%.

Kredit foto: www.baltyra.com
Kain Pasang D'fashion
  • Gedung ni dia ala-ala Jakel, kualiti sama tapi harganya 70% murah. Banyak juga saya berbelanja di sini buat cenderamata untuk mak saudara dan ada beli juga sepasang kain untuk hari raya nanti.
Outlet Ralph Lauren Polo
  • Ini khas untuk peminat fanatik Polo. Menurut mereka, kualiti kain sama macam Polo tapi harganya murah sangat.
  • Bila saya convert ke RM, kebanyakkan harga pun atas RM50, memang tak layan lah pun barangnya walaupun hakikatnya kuatliti sangat bagussss.
Rumah Belacan
  • Makanan yang based on belacan je. Semua pun jenis belacan. Ni kami makan beramai-ramai dalam 12 orang. Tak ingat apa nama makanan tapi yang pasti ada: 3JENIS masakan ikan, sayur kailan belacan, Ayam goreng belacan, telur dadar dan Sambal belacan.
  • Sedap sangat masakan sini. Memang kena dengan taste orang Melayu. Makan teramat kenyang sampai tak larat nak jalan kerana order terlalu banyak lauk-pauknya. Sini sorang bayar dalam Rp. 81,000 = RM25, kira berbaloi juga walaupun tetap rasa MAHAL.
  • Ambience ala-ala Bali, ada air terjun dalam restoran ini dan konsep kayu. Tandasnya bersih dan wangi.
Hotel Malaka, Bandung
  • Biliknya tidak besar sangat, seperti hotel budget sahaja. Memang sesuai untuk tinggal 2 orang je. Tapi kapasiti maksimum 4 orang, untuk yang berbadan kecil.
  • Breakfast pun OK, tak banyak choice tapi semuanya sedap belaka. Benda yang tak pernah saya makan pun, taram juga. Nak rasa makanan punya pasal.
  • Staff dia pun mesra dan banyak membantu. Ruang lobby kecil, bersebelah dengan coffee house. Tapi, kita bukan nak lepak sangat pun dekat lobby sebab 1 hari penuh programnya.
  • Rating yang diberi keseluruhan (service, makanan, ruang, design, kebersihan, kekemasan): 3 out of 5.
Tangkuban Perahu
  • Before saya pergi ke trip ni, saya memang dah survey pendapat orang tentang tempat ni. Apa yang best dan apa yang tak best. Apa baik buruknya dan cuba mendapat gambaran di sini. Dan kebanyakkannya di sini memang paling mencabar sebab sentiasa penjual ikut kita supaya membeli barang mereka. Selagi kita tak pay attention, selagi tu dia mengekori. Jadi, saya memang dah prepare fizikal dan mental di sini.
  • Tempat ni ala-ala Cameron Highlands, sejuk dia Ya Robbi nyaman bangat. Rasa macam "SubahanAllah, subhanAllah, subhanAllah", memang sangat menenangkan jiwa dan mata walaupun pemandangan yg menjadi tarikan cuma gunung berapi yang dah meletus haha. 
  • Saya sekadar mengambil gambar sekeping dua sebab takda apa pun yang menarik.
  • Cuma yang menarik perhatiannya dan menggelikan hati penjual di sana dengan selamba menyusukan anak di depan orang ramai. Tercenggang beberapa kali, sebab kat Malaysia perempuan akan cuba sebaik mungkin menyusukan anaknya di tempat yang bukan tumpuan ramai. Gaya menyusukan anak seperti mereka berada di rumah.
Gedug Makan di Lembang
  • Tempat makan ini cuma 20 minit dari Tangkuban Perahu dan terletak di kaki bukit. Makanannya pun memang enak sangat. Kami order set untuk 10 orang tapi di makan oleh 12 orang. Jadi, makan pun macam tak beberapa nak kenyang, sekadar mengisi perut kosong saja. Lauk yang boleh consider 'layan', sambal belacan. saya pun tak tahu apa bahan yang dorang letakkan.
  • Sini sorang kosnya dalam Rp.7rb = RM15, kira okay dibandingkan dengan restoran sebelum ni.
Rumah Mode
  • Rumah Mode ni saya consider dia macam Reject Shop. Ada je barang berjenama yang diperbuat di Indonesia tapi harga lebih murah dan kualitinya pun bagus.
  • Saya bukan jenis orang nak beli barang berjenama dan mahal. Sebab memang sudah terbiasa membeli barang dengan harga murah tapi kualiti biasa2 pun boleh je. Ramai dah kawan2 kata saya ni kedekut, susah nak spend duit.
  • Tak banyak benda nak cerita kat sini sebab banyak kehampaan. Review kat blog lain, ramai kata sini best, suasana best lah. Jadi, gambaran tu dah nampak, tengok2 under-expectation. Mungkin orang yang suka barang berjenama, boleh lah pergi sini.
Mariaty's Spa
  • Memang dah dalam hati pergi ke Bandung untuk memanjakan diri. Sebelum ni review blog orang Bandung yang suka pergi Spa tapi, Mariaty's Spa tiada dalam blog tersebut.
  • Spa ni terletak kurang lebih 50mtr dari Rumah Mode, dikatakan ramai orang Malaysia buat treatment kat sini. Jadi, kami pun try juga, setelah direkemen oleh tour guide kami. 
  • Dia banyak servis, antaranya: manicure, pedicure, reflexology, urutan, lulur badan, sauna dan sebagainya. Mama dan saya decide nak ambil pakej: urutan, lulur badan dan urutan muka --> Rp.250rb/seorang = RM80, Mama cakap kalau buat ni di Malaysia lebih dari RM100. Dan saya buat tambahan waxing di ketiak dalam Rp.7rb= RM15, di Ipoh pula RM30. Jadi, memang sangat berbaloi.
  • Pekerja dia bagus mengurut, seperti tahu titik-titik untuk urutan, memang lega dan segar lepas itu. Mereka juga sangat peramah dan wangi. Mereka cerita yang gaji sebulan mereka dalam RP500rb= RM150. Saya memang terkejut, like what they eat for one month? Makanan semua mahal gila kot. Dalam hati memang bersyukur sangat sebab hidup di Malaysia. Kerajaan baik hati lagi bagi elaun kat mahasiswa. 
  • Lagi 1, waxing ketiak memang paling dipuji. Ya ampun, bersih sangat dia sapu ketiak sampai dia skrub ketiak saya jadi putih. Nak berpeluh pun lepas ni kurang baunya hehe.
Pasar Baru
  • Kalau anda review blog bloggers yang lain, ada je gambar pasar baru ni. Dia memang ala-ala Jalan TAR, cumanya dia dalam Mall dengan mempunyai 12 tingkat. Dari A-Z, macam-macam ada. Sini kami banyak membeli sebab ada orang kirim telekung. Telekung kerawang pun harganya dalam RM45. Kalau di Malaysia, mahalnya sampai RM80. Kami memang borong, ada nak bagi kat orang.
  • Kat sini juga, saya beli swimming suit Muslimah dengan harga RM70 (malas nak convert duit, haha). Kalau kat Malaysia dalam RM150. Hah, memang puas hati dapat baju ni.
  • Banyak nak cari lagi sebenarnya: baju Muslimah dan stoking tapi apakan daya masa yang diberikan cuma 2 jam sahaja. Masa berjalan memang pantas sekali.
Ni je review tempat2 di Bandung. Next entry, tips pula ya. Sebelum, semasa dan selepas. Apa yang perlu dibawa dan tak perlu pun.

jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Biodata Amar:
- Dahulunya seorang India
- Penduduk bandar tapi suka tinggal di kampung
- Suka berkawan dengan orang Melayu
- Tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tapi punyai pengalaman hidup yang bernilai
- Suka bercucuk tanam dan memasak
- Mempunyai keluarga yang konservatif, pentingkan tradisional
- Sangat setia, hanya cinta pada yang satu
- Respon yang agak pantas terhadap persekitaran
- Berpendirian yang tetap

Biodata Zai:
-Seorang Muslim
- Gadis kampung tapi bekerja di bandar
- Introvert, mempunyai kawan yang sedikit
- Pendidikan sekadar SPTM
- Rajin dalam semua perkara
- Mempunyai keluarga yang berfikiran tidak menolak kemodenan
- Sangat setia, hanya cinta pada yang satu
- Sangat suka berlawak, menceriakan orang di sekeliling
- Pendirian mengikut kondisi

Amar dan Zai berkenalan sewaktu mereka berumur 20-an. Amar lebih 3 tahun muda daripada Zai. Walaupun Amar berlatarbelakang keluarga beragama Hindu, hidupnya tetap tidak beriman kepada agamanya di mana selalu naik turun kuil, menggoncang loceng dan memasang asap. Jadi, Amar lebih suka menghabiskan masanya bersama rakan-rakan jamming. Dia seorang pemain gitar yang hebat. Petik saja apa-apa lagu Melayu, dia mampu "menggoreng" lagu tersebut. Itu minatnya.

Zai pula seorang yang keluar untuk bekerja sahaja. Selepas bekerja, pasti rumah yang ditujui walaupun ada beberapa rakan yang suka mengajaknya lepak bersama, dia menolaknya. Itu bukan hobi sampingannya. Perkenalan mereka bermula di sebuah kilang, Zai seorang kerani manakala Amar hanyalah staf stor yang menyusun kotak-kotak di tempatnya. Jadi, mereka selalu berurusan bersama. Oleh kerana lelaki ini begitu petah berbahasa Melayu, Zai jadi selesa berurusan dengannya. Memudahkan kerja katanya.

Mereka saling bertukar-tukar nombor. Dan akhirnya bermula lah sebuah ikatan yang agak serius di antara mereka. Bayangkan seorang lelaki Hindu berteman wanitakan seorang perempuan Muslim. Ia bukan perkara mudah. Jika mereka keluar berdua, ada sahaja mata-mata yang memerhati dan membisikkan sesuatu sesama mereka.

"EEE.. dah takde orang lain ke nak jadi teman lelaki dia"

"Jijik pulak aku tengok kulit berlainan warna ni bersama"

Mungkin ada yang postif. Mungkin juga negatif. Mulut manusia mana boleh tutup.

Selama 10 tahun bercinta (belum ada ikatan yang sah), sementara Amar masih beragama Hindu, mereka mempunyai tentangan yang hebat di antara keluarga kedua-dua pihak. Ibu Amar yang paling tidak suka perempuan Melayu dan ayah Zai yang begitu marah kerana Zai memilih bangsa lain daripada lelaki bangsa sendiri. Mereka tetap tabah. Oleh kerana Amar mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu dan beragama Islam jadi dia cuba mengorek latar belakang Islam dan terkadang ajaran Islam itu sendiri yang datang tanpa disedari.

Dek kerana terlalu lama menjalinkan hubungan, mereka tetap melangsungkan perkahwinan dalam keadaan kedua-dua pihak keluarga kurang bersetuju dengan tindakan mereka. Zai menyukai Amar kerana sesuatu begitu juga Amar menyukai sesuatu kerana Zai.  Amar biasa dikelilingi oleh orang Melayu jadi dia tahu bagaimana orang Melayu berfikir, bertindak, cara hidup dan sebagainya. Ia bukan satu masalah untuk Amar membiasakan diri dalam keluarga Zai. Walau bagaimanapun, keluarga Amar masih belum dapat menerima Zai seadanya.

Gambar hiasan


Bersalah

بسم الله الرحمن الرحيم

"Weh pinjam kereta jap. Aku nak pergi interview", pinta Nina.

Dengan muka agak keberatan, Har pun menyerahkan kunci kereta kepada sahabatnya. Nina sering saja meminjam kereta Har bagi memudahkan gerakannya.

Mudah. Murah. Pinjam kereta kawan dari menyewa kereta terutama di dalam kampus yang besar ni.

"Alamak! Aku dah lewat ni ke interview. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Muah sikit!", sambil muncung mulutnya dari jauh.

Semasa dalam perjalanan ke tempat interview, Nina berasa kurang enak dalam hatinya. Hatinya seperti gusar, "err.. ke sebab aku lalu ke tempat sunyi sepi ni?", Nina pun mengenepikan gerak hatinya yang negatif itu. Dia terus memandu dengan kelajuan 50km/j kerana ini kawasan kampus.

Sambil melihat ke arah jam, "Alhamdulillah, sempat aku sampai", menghela nafas panjang.

"Apa yang awak harap dalam interview ini?", salah seorang panel bertanya, yang mengenakan tudung segi empat bidang 45' bercorak abstrak.

"Saya harap saya dipilih dan saya boleh memberi manfaat kepada orang lain suatu hari nanti. Perjalanan dan bakal pengalaman saya bermula di sini", jawab Nina dengan penuh yakin.

3 panel yang lain memandang tepat ke arah Nina sambil tersenyum lebar.

"Agaknya jawapan aku memuaskan kot?", bisik hatinya.

"Aduh! dah dekat tengah malam ni, kena lalu jalan yang sunyi sepi pulak", bebel dia sendirian.

"Bismillahirahmanirahim", dia mula membuka enjin. Dan terus memecut ke kolej.

"Keringnya tekak. I need to hydrate, rindu pulak kat Teh Ais". Minuman kegemaran dia setakat ini. Semasa mahu memakir kereta di bawah bumbung, terasa kereta seperti bergegar dan bunyi hentakan yang agak kuat.

"Buummmmpppp!"

"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!", jerit sendirian di dalam kereta milik sahabatnya.

Terus meluru keluar dari kereta dan terlihat lekukan yang besar di pintu kereta. Terduduk. Terdiam. Terkesima.

"Allah.. ini kereta orang, bukan kereta aku. Kau bodoh Nina. Kau loser. Padan muka. Padan muka", kata-kata kesat tak habis-habis diungkapkan pada dirinya sendiri. Ini mengisyaratkan kemarahan ke atas kecuaian diri.

"Har, i have a bad news. I would like to apologise before confession. Aku betul-betul minta maaf", dengan nada yang agak bersalah.

"Kenapa??", mata Har terbeliak seperti dapat bau kesalahan Nina sudah lakukan.

"Kereta kau kemek.. err.. tercalar... tapi aku janji aku bayar ganti rugi". Har mengetap bibir dan menekup mukanya seolah-olah menahan air mata di hadapan Nina.

Photo credit: Google image


Nina bersalah yang teramat. Dah dua kali Nina merosakkan kereta Har. Sikap Nina yang ganas seolah-olah tidak menghargai pemberian orang lain. Sepatutnya menjaga barang orang dengan baik dan sempurna. Nina menyesal dan berusaha untuk tidak lagi meminjam kereta sesiapa kerana dia tidak lagi mahu melukai hati sesiapa pun.

"Ini mungkin ujian Dia kepada-ku. Maafkan-ku sahabat", sebaik sahaja selepas berjumpa Har.



Sayang

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم

Seusai solat Maghrib secara berjemaah, terlintas hati kakaknya untuk mengajak dua adik perempuannya duduk menghadapnya. Sambil tersenyum.

Kakak: Adik tahu kenapa kita kena solat?

Ena & Eya: Tahu!

Niat di hati kakaknya, ingin menguji kefahaman adik-adiknya. Adakah sekadar solat tanpa mengetahui tuntutan-tuntutan yang Allah berikan. Sambil dalam hati, si kakak berdoa supaya adiknya TAHU dan FAHAM.

Kakak: So, kenapa?
Ena: Solat itu tiang agama. Solat itu wajib.
Eya: Ustazah cakap solat itu kita kena buat.
Ena: Nak masuk syurga kena solat.
Eya: Kalau tak solat masuk neraka.
Eya: Allah suruh solat.

Bertubi-tubi jawapan yang diberikan. Kepala kakaknya tak habis berpaling berkali-kali setiap kali jawapan yang diberikan. Kakaknya bermonolog, "Ah! ayat buku lagi. Macam mana aku nak cakap ni?" dan terukir kekecewaan di hati.

Kakak: Adik pasti ke ini sebab adik solat?

"YA!", mereka menjawab bersama-sama dengan nada yang bersemangat.

Kakak: Adik tahu macam mana kita nak bersyukur pada Allah?
Eya: Puasa.
Ena: Derma.
Eya: Berzakat.
Ena: Membuat kebaikan.
Kakak: Ha lagi?
Ena: Cakap terima kasih.

"Aduh! Mana perkataan solat ni?", bentak hati kecil kakak sambil mengerut dahi yang kurang luasnya.

Kakak: Solat itu tanda kita syukur. Tanda kita berterima kasih pada Allah. Apa Allah bagi, kita mestilah berterima kasih kan? Ye, solat puasa zakat memang wajib tapi, solat pun tanda kesyukuran kita jua.

Kedua-dua muka adiknya biasa sahaja. Entah faham entah tidak. Kakaknya cuba menghela nafas panjang, mengorek idea-idea untuk menstruktur ayat yang mudah difahami.

Kakak: Hari ni Allah bagi apa kat adik?

Kedua-dua adiknya senyap. Kedua-dua bebola mata mereka bergerak ke atas kanan dan kiri. Cuba berfikir panjang.

Kakak: Allah bagi mata, hidung, mulut, telinga, kaki dan nyawa. Cuba adik fikir orang yang tiada apa yang adik ada. Contohnya, dia sakit lepas tu terlantar atas katil tapi Allah bagi adik kesihatan yang baik.

Mereka mengangguk faham.

Ena: Allah bagi saya iPad.

Kakaknya menggeleng sambil membalas, "Haa. Pun boleh."

Kakak buntu untuk meyakinkan bahawa semua yang kita lakukan untik Allah. Bukan sekadar Allah suruh itu ini.

"Mungkin mereka masih kecil", bentak hati Kakak. Masih cuba mengawal emosi.

"Salah aku."

Mujahadah

بسم الله الرحمن الرحيم

Nina seorang gadis yang berusaha menggembirakan Tuhannya kerna dia percaya al-Khaliq yang memberi dia akal yang waras, tubuh yang sihat serta rupa yang tiada cacat cela. Nina dikelilingi oleh rakan-rakan perempuan yang moden di mana mementingkan fesyen, fancy stuffs, selebriti Hollywood dan macam-macam lagi.

Dari sudut lain juga, dia mendekati jemaah Islamik iaitu "Love Ciricle" di mana seminggu sekali pasti berjumpa. Setiap kali perjumpaan pasti Nina berasa gembira kerana keperluan rohaninya dipenuhi. Itu sajalah mujahadah yang mampu Nina lakukan untuk diri sendiri, menghadiri "Love Circle" setiap minggu.

Tidak disangkal bahawa Nina cukup obses dengan laman sosial. Katakan apa saja jenis laman sosial" Fb, Twitter, IG, Tumblr dan macam-macam lagi. Selain mencari kata-kata dakwah yang baik, Nina juga tidak terlepas dengan keterujaan melihat gambar-gambar yang dipamerkan oleh kawan-kawan perempuannya. Pelbagai persepsi yang dilontarkan.

"Pandai Hajar bergaya"

"Cantiknya Ena kali ni, her style never let me down"

"Makin menawan Ira sekarang, okay sangat rona warna yang dipilih"

"Aku tahu baju dia mesti mahal. Oh oh! Cantiknyaa mekap Ika. Rasa nak pengsan!"

"Seronoknya body lawa, pakai apa pun mesti cantik"

Nina tak pernah lari untuk berniat berpakaian seperti mereka, bergaya dan menawan. Setiap kali Nina mahu upload gambar "selfie"-nya, sepuluh kali dia berfikir adakah tindakannya betul.

"Apa niat aku sebenarnya letak muka sendiri ni", bisik hatinya sambil mengerut dahi. "Ini tak betul ni. Astaghfirullah"

Sepanjang Nina menghadiri "Love Circle", Kak Nisah sering berkata tentang betapa sayangnya Tuhan pada perempuan, betapa cantiknya beruntungnya bernilainya perempuan tapi label itu hanyalah untuk perempuan yang menjaga dirinya dan menyerahkan dirinya penuh kepada al-Khaliq. Sekali lagi Nina pasti beristighfar berkali-kali tanda "menghalau" kesyaitanan dan kejahatan nafsu. Hatinya sering berbolak-balik.

Nina sering membaca status-status Fb yang mana sering menghentam perbuatan jahatnya.

"Aduh nafsu! Bila kau nak taat pada Tuhan hah?", itulah kata-kata yang diungkapkan apabila membaca kata-kata nasihat dari kawan Fb-nya.

"Ah! Muhasabah je mana cukup. Berubahlah!"

Suatu hari UZAR (Ust Zaharuddin Abd Rahman) menulis sesuatu di status Fb-nya.

Bual bicara, komen dan respon komen serta gambar yang dipapar oleh seorang wanita di facebook ini mampu memberi gambaran sifat bakal suami atau jodoh yang akan diperolehinya. 
Lagi bercambah komennya (khususnya dialog mesra gurau bersama lelaki) dan lebih banyak gambarnya, semakin MENGECIL peluangnya perolehi jodoh yang soleh lagi baik. Hal yang disebut ini juga boleh terpakai untuk wanita mengetahui sebahagian sifat lelaki. 
Sekadar pandangan, tidak semestinya namun begitulah, pergaulan di facebook mampu mencerminkan sebahagian sifat pergaulan di alam fizikal.


"Ergh, sentap"

Kenapa perlu aku ikut mereka yang mempamerkan kecantikan mereka pada orang ramai? Apakah aku yang menjadikan diriku murah selama ini?

Nina sering berfikir pengakhiran setiap perbuatannya, adakah itu untuk Tuhan yang dia mahu gembirakan atau sekadar mendengar pujian manusia? Mujahadah.

cerita tadi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kekasihNya solallahu alaih wassalam.

berlaku suatu insiden yang agak tak terkejut mana. cuma banyak sangat berfikir pasal perkara ni dan muhasabah balik.

semasa sibuk memarkir kereta di tepi jalan, mata terpandang ke arah tubuh seorang lelaki, bangsa Nepal mungkin. kelakuan dia membuat aku rasa takut dan nak menghadiahkan tumbukan bertubi-tubi ke arahnya.

dia, si Nepal menunjukkan pandangan yang kurang menyenangkan ke arah seorang wanita India. ye, sangat obvious achi pakai baju tidak mengikut syarak (ketat tahap dewa) sampai terjojol segala yang harus dijaga dan ditutup. Pandangan tajam yang diberikan oleh Nepal seolah mengiurkan dan matanya tak habis tengok di bawah saja sedia maklum dua bonggol di bawah. Aku yang sudah siap memakir terdiam sambil mengamati kelakuan Nepal tersebut.

"boleh tahan berani tengok bini orang, kau ni tak nampak ke suami dia yang ala bonzer kat sebelah dia", bentak hatiku.

sampai achi naik moto pun dia punya mata langsung tak berkedip sampai moto tu sudah hilang dari pandangan mata dia. aku yang masih dalam kereta banyak kali tarik baju kasi longgar siap double check supaya pakaianku memang tak ketat. dalam hati bergetar takut aku mangsa mata dia seterunya. dengan gaya selamba membuka pintu dan keluar dari kereta, aku terus tarik baju ke bawah supaya kelihatan tidak melekap terus berjalan ke arah tempat yang ingin ditujui.

terus aku berjalan ke tempat yang ingin ditujui dan kebetulan aku juga akan melintasi di hadapannya dan YES memang dia pandang aku tapi pandang arah bawah. terus perlahankan langkah dan memberi pandangan yang sinis ke arahnya. mulanya dia tak perasan, tetapi apabila dia matanya mendongak di melihat aku seolah-olah "oh emm jayyy, sentap dia perasan woi". aku memandangnya seolah-olah kepalaku bertanduk dan api membakar di belakangku. aku nampak mukanya yang agak serba salah dan tidak keruan. terus aku menjeling tajam dan meluru laju ke tempat yang dituju.

aku muhasabah, memang benar wanita ini fitnah bagi lelaki. dah tutup litup pun selagi kau namanya perempuan dan punyai binti memang tak lari dari mata-mata keranjang ini. lelaki memang sudah punyai nafsu yang membuak terhadap perempuan, itu ciptaan Allah takkan nak bantah. maka, perlunya sentiasa berdoa memohon perlindungan 24 jam dariNya. Jangan rasa kita serupa samseng yang boleh lawan semua abang-abang sado yang punya niat jahat terhadap kita.

teringat kata-kata Mama, kalau dah namanya lelaki, nafsu dia serupa binatang kalau tiada Allah dalam hatinya. perlunya mencari lelaki yang jaga matanya tapi golongan ini seperti 1000 dari sejuta :) perempuan pun kena jaga mata termasuk lah aku yang suka tengok lelaki muka jambu heshhh 😅

ramadhan

Alhamdulillah, its ramadhan!

i feel bless and honor, still i am not sure whether i can make this ramadhan best than before.

tonnes of to-do-list i have not achieve yet *sigh*

we have already passed through the first phase,

and i believe there is still a light at then end of tunnel.

Pendosa

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم

Photo credit: http://iamfancypants.com/wp-content/uploads/2012/10/exhausted.jpg


AKU penat, aku penat, aku penat
Penat dengan diri sendiri yang bagai air mencurah ke daun keladi,
Hati sudah berhabuk kotor rasanya.

Anggota yang dikurniakan semua tak digunakan dengan sebaiknya,
Allahu robbi, aku menzalimi diriku sendiri.

Apakah tarbiyah hati masih belum mencukupi? Masih tak mampu menyucikan jiwa yang kotor T__T

Tiada daya dan kekuatan melainkan ia semua dari Allah SWT.

Doakan aku.

UkhwahKauAku

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم


Orang kata ukhuwah itu manis bak gula-gula kapas,
Tapi terkadang pahit jugak ibarat telan ubat selsema,
Hatiku sering ketawa, "yeke? boleh samakan macam gula-gula kapas dengan ubat selesema?"

Bila dah melalui proses ukhuwah ini,
Baru tahu dari mana datangnya ideologi gula-gula kapas dan ubat selsema itu.

Manis bila kita ketawa bersama,
Mengambil berat antara satu sama lain,
Bertanya khabar dan saling menasihati.

Pahit bila mananya,
Kita bersendirian,
Sahabat tak berapa perasan kehadiran kita dalam kesusahan,
Dan sakitnya jiwa.

Aku beruntung punyai sahabat amat baik sekali di sekeliling
Kadang-kala momen bersama-sama sampai terbawa ke mimpi,

Ada yang garang, budak tarbiyah lah katakan,
Ada yang bersifat "keibuan", alahai lemah gemalai jadinya,
Ada yang berjiwa rockers, almaklumlah kaki panjat gunung,
Ada yang menjadi pendengar setia, lebih suka terseyum daripada bercakap,
Ada yang jiwang dalam hati ada taman, penuh kata-kata yang berhikmah,
Ada juga pemotivasi, suka bagi kata-kata semangat untuk terus bangun,
Ada yang kaki gaduh, tak habis menjatuhkan sesama sendiri (maklumlah manja!)
Ada yang tinggi ilmunya, semua kata-kata bersandarkan nas dalil dan hadis
dan macam macam lagi.. susah nak ungkapkan.

Bukan mudah nak bina ukhuwah itu dalam sebulan dua,
Agak mengambil masa bertahun-tahun,
Sesudah dua tahun bersama,
Sumpah rindunyaa tak terkata!
Allah sahaja yang tahu.

Tapi, biasa lah depan mereka lidah ucap
aku watlek watpis je!
Dalam hati betapa sykurnya punyai kalian sebagai sahabat
yang mengingatkan aku kepada Allah

Sorry

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم

Sometimes, eventually all time Mama knows best.
The moment when you think you making the right decision,
while actually it brings "disaster" result. I feel "forever-moron"

I have always thought on this for a long time ago. You know, I was rebellious. Yeah, a rebel-to-the-max (rebellicious, haha) teenager last time. I was doing lots of wrongs. The best thing when I have already committed the wrong, Mama will scolded with her loud voice add-up with mumbling and her last statement must included "I told ya, you wouldn't listen to me. Come on Nina, learn from mistake".

And, this keeps going until I entered my university life. Even worse, it really related to my savings. I almost lost all the money JUST BECAUSE I did not ask what I'm supposed to do when I was at the bank. I won't tell this story any longer (as I feel so sorry).

"I always making decision on my own, I owned the risk." This is not matured puteri, but egoist.

Ya, sometimes I am egoist. I think I was right without asking others' thoughts and opinions. You are living with people puteri, not ALONE! Somehow, I feel gratitude that Allah SWT grant me understandable, supportive, sporting and inspiring Mama. I don't even know how to reciprocate on what she had done for me.

Almost 22 years of living, I think she had spent millions of bills, emotions and energy just for me to keep surviving. I think I am her investment, which giving high return or not.

Photo credit: https://s.yimg.com/os/publish-images/finance/2013-03-08/b2654573-d28c-438b-a44f-dc01c9139bd1_mother_daughter_parent_family.jpg


Mama knows best, she knows what good or not for me,
Yet I believe that Allah is The Best Planner,
All things happened was under His control,
Who am I to deny that?

DEAR Future hubby,

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Jodoh itu ketentuan Dia. Walau siapapun kau, insyAllah aku rela menjadi khadam-mu.

2. Rupa bukan menjadi pengukur kebahagiaan. Apatah lagi sebuah kekayaan. Bukan menolak kekayaan tapi andai itu memudaratkan kita. Adakah kita harus menerimanya?

3. Apa aku inginkan dari seorang lelaki? Lelaki yang mampu membimbing aku ke jalan Dia dan menerima baik buruk aku dan keluargaku.

4. Percayalah wahai lelaki, izinkan aku memberi "service" terbaik kepada-mu kelak sebab aku pun ingin membuka mana-mana pintu Sorga yang aku mahu. Bukankah itu janji Allah bahawa mereka yang menjaga solat, puasa, maruah diri dan suami boleh masuk mana-mana pintu Sorga?

5. Apa aku inginkan dari sebuah keluarga? Mahabbah (cinta), rahmah (kasih sayang) serta kefahaman antara kita. Sebarkan cinta dan kasih sayang sesama kita dan merebak kepada orang sekeliling. Untuk apa menonjolkan sifat benci dan iri hati jika itu yang dibenci Allah?

6. Aku perempuan lemah. Insan lemah yang penuh dosa. Aku pendosa setiap hari, hari-hari aku tak lekang berbuat dosa. SEBAB aku gagal dalam mujahadah. Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

7. Cinta yang aku ingin adalah cinta kau keranaNya. Itu cinta yang hakiki, tiada penyesalan yang akan berlaku.

8. Aku bukan perempuan yang mampu untuk berkongsi kasih. Poligami itu bukan wajib hukumnya kan? Tapi, andai kau memilih orang yang lebih baik dari aku maka lepaskan aku. Aku tak akan halang kau untuk menambah "khadam" tapi, andai itu keputusanmu, aku terima.

9. Bantu aku dalam memperbaiki diri. Aku punya banyak kelemahan. Aku akan cuba merubah kebaikan sebaik mungkin sepertimana aku berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Hari-hari mujahadah tapi, masih gagal. Astaghfirullah.

10. Andai aku salah, tegurlah aku. Aku mungkin sukar menerima teguran tapi, aku akan sentiasa berfikir supaya menerima teguran sang suami. Jatuhkan ego aku di saat kau melafazkan nikah.

Photo credit: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBKOTtJ1yzs-6uP29_f1v29bHZp3NyRbsR6TcFiKi6bt1FotLqKLXBFyPg9i47M0ZWifUTQ5kv9XDmJ9QKYkXCex22wZhZood1o1gBFds605DmtkCBBGyZXMgR94v_BcJrLlNSA77u_3LY/s1600/Sara+Colket+Photography-Newborn+Parker-155.jpg

11. Aku sentiasa inginkan sebuah keluarga yang bahagia dengan rahmat Allah di dalamnya. Anak-anak yang sihat, bijak, cinta Allah dan Rasul dan soleh. Aku akan cuba menjadi ibu terbaik dalam mendidik mereka. Bukankah ibu yang hebat dapat mencipta anak dan suami yang hebat?

12. Izinkan aku untuk membantumu dalam apa jua perkara, izinkan aku untuk mencampuri urusanmu, izinkan aku untuk menenangimu di saat kesukaran, izinkan aku untuk mejadi sahabatmu, izinkan aku untuk menjadi penyejuk mata dan penawar hati.

13. Bersabarlah wahai lelaki dalam mendidik aku. Wanita ini ibarat tulang bengkok, jika kau cuba luruskan maka patahlah ia, jika kau biarkan maka makin menjadi-jadi bengkok dia. Bersabarlah dengan akhlak dan tutur kataku.

14. Walau siapapun kau di waktu lampau, itu bukan penunjuk siapa kau di masa hadapan. Selagi kau mahu menyayangi aku kerana Allah, aku percaya sayang ini tiada penghujungnya.

Photo credit: https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSg8PKsmnVss_LscuMN0JzkwN8T0c9IHLktF6HaEj74S_Tfmnxk



Jodoh itu satu misteri, kematian juga satu misteri.
Jodoh memerlukan persediaan yang rapi,
Tetapi, kematian lebih lagi memerlukan persediaan yang rapi.

Aku cinta Nabi SAW?

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم

Photo credit: http://www.desibucket.com/db/02/25158/25158.jpg


Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi kita masih lagi idolakan KPOPers.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi kita masih mulakan semua benda dengan
tangan kiri.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi berat mulut kita nak berselawat.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi kita tak pernah berusaha mencintai baginda.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi kita malas nak sebarkan sunnah baginda.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi lidah kita sentiasa mencarut tak tentu hala.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi hati kita diletakkan orang lain.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi kita diam membisu apabila baginda dicaci.

Kita cakap kita cinta Rasulullah,
Tapi kita sebenarnya gagal untuk bersama
baginda kelak.

Percayalah dan yakinlah duhai hati, 
Mencintai Rasulullah adalah jalan,
Mencintai Allah adalah tujuan.

HAPPYMEHAPPYOU

بسم الله الرحمن الرحيم



HAPPINESS IS SUBJECTIVE.

Photo credit: www.jogjis.com