Nina seorang gadis yang berusaha menggembirakan Tuhannya kerna dia percaya al-Khaliq yang memberi dia akal yang waras, tubuh yang sihat serta rupa yang tiada cacat cela. Nina dikelilingi oleh rakan-rakan perempuan yang moden di mana mementingkan fesyen, fancy stuffs, selebriti Hollywood dan macam-macam lagi.
Dari sudut lain juga, dia mendekati jemaah Islamik iaitu "Love Ciricle" di mana seminggu sekali pasti berjumpa. Setiap kali perjumpaan pasti Nina berasa gembira kerana keperluan rohaninya dipenuhi. Itu sajalah mujahadah yang mampu Nina lakukan untuk diri sendiri, menghadiri "Love Circle" setiap minggu.
Tidak disangkal bahawa Nina cukup obses dengan laman sosial. Katakan apa saja jenis laman sosial" Fb, Twitter, IG, Tumblr dan macam-macam lagi. Selain mencari kata-kata dakwah yang baik, Nina juga tidak terlepas dengan keterujaan melihat gambar-gambar yang dipamerkan oleh kawan-kawan perempuannya. Pelbagai persepsi yang dilontarkan.
"Pandai Hajar bergaya"
"Cantiknya Ena kali ni, her style never let me down"
"Makin menawan Ira sekarang, okay sangat rona warna yang dipilih"
"Aku tahu baju dia mesti mahal. Oh oh! Cantiknyaa mekap Ika. Rasa nak pengsan!"
"Seronoknya body lawa, pakai apa pun mesti cantik"
Nina tak pernah lari untuk berniat berpakaian seperti mereka, bergaya dan menawan. Setiap kali Nina mahu upload gambar "selfie"-nya, sepuluh kali dia berfikir adakah tindakannya betul.
"Apa niat aku sebenarnya letak muka sendiri ni", bisik hatinya sambil mengerut dahi. "Ini tak betul ni. Astaghfirullah"
Sepanjang Nina menghadiri "Love Circle", Kak Nisah sering berkata tentang betapa sayangnya Tuhan pada perempuan, betapa cantiknya beruntungnya bernilainya perempuan tapi label itu hanyalah untuk perempuan yang menjaga dirinya dan menyerahkan dirinya penuh kepada al-Khaliq. Sekali lagi Nina pasti beristighfar berkali-kali tanda "menghalau" kesyaitanan dan kejahatan nafsu. Hatinya sering berbolak-balik.
Nina sering membaca status-status Fb yang mana sering menghentam perbuatan jahatnya.
"Aduh nafsu! Bila kau nak taat pada Tuhan hah?", itulah kata-kata yang diungkapkan apabila membaca kata-kata nasihat dari kawan Fb-nya.
"Ah! Muhasabah je mana cukup. Berubahlah!"
Suatu hari UZAR (Ust Zaharuddin Abd Rahman) menulis sesuatu di status Fb-nya.
Bual bicara, komen dan respon komen serta gambar yang dipapar oleh seorang wanita di facebook ini mampu memberi gambaran sifat bakal suami atau jodoh yang akan diperolehinya.
Lagi bercambah komennya (khususnya dialog mesra gurau bersama lelaki) dan lebih banyak gambarnya, semakin MENGECIL peluangnya perolehi jodoh yang soleh lagi baik. Hal yang disebut ini juga boleh terpakai untuk wanita mengetahui sebahagian sifat lelaki.
Sekadar pandangan, tidak semestinya namun begitulah, pergaulan di facebook mampu mencerminkan sebahagian sifat pergaulan di alam fizikal.
"Ergh, sentap"
Kenapa perlu aku ikut mereka yang mempamerkan kecantikan mereka pada orang ramai? Apakah aku yang menjadikan diriku murah selama ini?
Nina sering berfikir pengakhiran setiap perbuatannya, adakah itu untuk Tuhan yang dia mahu gembirakan atau sekadar mendengar pujian manusia? Mujahadah.