travel-tips

بسم الله الرحمن الرحيم

OK, entry kali ni akan bagi tips je untuk travel, well ni aku buat based on review kat blogs, pemerhatian dan thoughts. Boleh juga diaplikasikan untuk traveller. Nak dipendekkan cerita, aku jenis simple, tak nak serabut sangat, lagi sikit lagi bagus, dah boleh expect apa yang berlaku. Tu jenis aku.

Trip ni pun mak aku fully-support, senang cerita aku jadi assistant dia untuk angkut barang, convert duit dan penasihat gaya. Ini murah apa kelebihan, ini mahal apa keburukan. Kalau dapat lagi murah lagi aku nak haha.

Sebelum:

  • Cuba buka blogs yang pernah pergi ke Bandung, cuba hadam experience mereka pergi ke sana. Atau bersemuka dengan orang yang pernah pergi ke negara itu, mudah untuk bertanya soalan. Kebanyakkan kata Bandung ni best, syurga shopping. Ermm.. pendapat aku, takdelah syurga mana pun, tak setuju dengan statement tu. Dulu, mungkin ya. Sekarang peniaga pun bijak tahu kita ni foreigner jadi dorang akan mark-up kaw-kaw punya. Harga foreigner dan locals berbeza. 
  • Baca itinerary yang diberikan, selalunya dapat 2 minggu sebelum trip (sekurang-kurangnya). Jadi, aku akan expect apa yang aku perlukan sepanjang perjalanan. Cth macam aku perempuan perlukan telekung, extra panties dan pantyliner. Itu biasa, satu kerperluan jua.
  • Pastikan passport tamat tempoh lebih dari 6 bulan pada hari trip tu.
  • Siap beli barang-barang keperluan macam toiletries; untuk pastikan badan harum sentiasa dan juga makanan ringan macam coklat, biskut dan MaggieCup.
  • Baju aku bawak memang simple sangat: 1pasang pyjamas, 1 suar jeans (pakai 3 hari), 2 helai baju (1 t-shirt, 1 blous), coat dan 3 helai tudung (1 shawl, 2 ala-ala Ariani). Untuk mengurangkan beban beg. Aku pun tak pening bila dah pakai nanti sebab aku expect aku akan shopping baju so, aku akan pakai baju yang aku shopping. Malangnya, itu sama sekali tidak berlaku haha.
  • Luggage macam biasa memang aku bawa 2 (satu untuk mama, satu untuk aku) dan schoolbag (simpan telekung, tisu, duit dsb)
  • Pastikan sampai airport awal, tolong jangan lengah-lengahkan masa. Sekarang masa pun berjalan dengan terlalu pantas sampai kita pun tak sempat nak kejar. Buat last check: duit, IC dan passport. Duit belanja kalau jenis tak kuat shopping Rp.1juta untuk 4 hari pun cukup untuk 3 hari: makan dan sikit cenderahati.
  • Print waktu solat di negara yang kita nak pergi, waktu dia dengan Malaysia sangat berbeza. Di Indonesia, jam 6 pagi mereka dah macam jam 8 pagi kita. Waktu mereka lewat sejam, jadi masa dalam flight, siap-siap tukar jam ke waktu Indonesia.
  • Buatlah solat sunat musafir, supaya perjalanan kita ni mudah dan diredhai. Tiada kecelakaan dan menyenangkan urusan kita dan semua. Solat ni aku rasa memang sangat penting sebab kita memang tak tahu apa yang kita bakal hadapi. 
Semasa:
  • Acara program berubah itu biasa, bergantung pada kita nak adapt perubahan tu. Kita memang sentiasa kena banyak bersabar dan memerhati keadaan sekeliling. Andai terleka, semua benda nak menyesal pun tak berguna lagi.
  • Kalau boleh, cuba dapatkan nasihat tour guide berkenaan tempat yang kita nak pergi. Kita orang baru dan jangan pula berlagak seperti kita dah tahu semua benda. Orang yang dah tinggal lebih 10tahun lebih berpengalaman tahu bila macet (jammed), hari libur dan sebagainya.
  • Well, solat aku di sana memang sangat-sangat tak teratur. Aku pun tak tahu nak salahkan sesiapa, cuma nak salahkan diri sendiri je sebab tak bertindak dengan lebih tegas herm. Bila kita pergi ke group yang bukan geng solat, itu paling payah sekali nak urus sebab stok2 begini semuanya nak cepat-cepat dan laju-laju kejar masa. Itu memang aku paling kesal sekali, Melayu pulak tu. Bangsa lain tak kisah, cuma diorang cakap selesaikan je solat tu dulu. Tolong jaga solat, kalau boleh paksa tour guide berhenti mana-mana musholla. Itulah perkara yang paling aku kesal kat sana.
  • Jaga beg itu elok-elok. Macam aku, mama memang dah siap convert duit dan kami bawa lebih dari Rp.3 juta, jadi aku memang letak setiap sejuta dalam sampul yang berlainan dan diletakkan di tempat berlainan supaya, kalau hilang bukan hilang semua sekali haha. Perbelanjaan kami sehari pun dalam Rp.1 juta atau kurang (termasuk makan dan shopping), kecuali kat Pasar Baru memang hampir Rp.4 juta habis MACAM TU JE.
  • Penjual kat sana aku rasa diorang kreatif sangat, tu memang aku puji la. Buat muka sedih, turunkan harga, tambahkan barang siap free gift haha. Memang macam-macam cara mereka guna untuk pembeli attract kat barang mereka. Tapi, aku pun kekadang takut juga sebab dorang akan pandang, walaupun aku geleng selagi tu lah mereka akan datang dekat. Kita cakap je, "takpe, terima kasih". insyALLAH lama-lama nanti dorang faham lah.
  • Aku lebih suka mengamati pemandangan dari shopping. Aku lebih suka makan dari shopping. Entah, macam aku lebih hargai mata yang aku nak lihat, benda yang aku nak rasa. Kehidupan di sana aku tengok macam sadis pun ada, rumah dah macam setinggan dah. Ada je yang gah-gah tapi itu pun 30% je, siap takde orang yang diami pun. Ada je rakyat mereka yang miskin (bukan fakir- sebab ada handphone) dan kaya. Tapi, sawah padi memang belambak lah.
  • Aku merasakan berat aku naik dengan mendadak di sini, aku makan memang tak ingat dunia. Tak ingat pesan Rasulullah SAW, makan bila lapar henti bila kenyang. Mission failed, hihi. Makanan dia ya Allah sumpah sedap, memang aku hargai betul air tangan orang Indonesia.
  • Kat Tangkuban Perahu, ada lah penjual tu jual strawberi. dia bagi 4 pek strawberi & 1 pek raspberry = Rp.60rb -> RM12. Jadi kami pun beli sebab dia punya pujuk setengah jam, penat dah nak dengar tapi memang manis dan sedap lah. Lagipun, kami tak singgah ladang strawberi. 
  • Kalau nak shopping, cuba nego harga dari 50% ke 70%, kalau tak dapat, pergi lah ke kedai lain sebab banyak je pilihan yang ada. Jangan buang masa kat satu kedai je. Selalunya, bila kita nak angkat kaki dari kedai tu, akhirnya mesti penjual tu akan bagi harga yang kita nak ATAU dia kan tambah Rp.10rb lagi. Aku dah nampak permainan dia. TAK TAHAN GUNA AYAT "Harga pecah TELUR, buk". Lepas beli, mesti dia doakan, "moga diberkati dan dimurohkan rejeki". Kita pun jawab lah, "ya, untuk kamu juga".
  • Bahasa mereka mudah je difahami. Cuma ada sesetengah ayat agak pelik dan confusing. Tak berdosa pun tanya mereka ayat apa yang mereka maksudkan. Rakyat mereka sangat baik dan peramah. Tandas yang aku pergi setakat ni bersih je tapi pergi restoran punya jelah.
  • Ya, lagi satu surau mereka campur laki perempuan kalau ada tirai pun, jarang-jarang kayu dia tu. Aku memang naik stress dengan perkara ni. Tempat wudhu pun takde penghadang, bayangkan ambik air sembahyang sebelah lelaki, rasa nak pitam. Terpaksa ambik kat tandas, takde dah choice lain.
  • Kalau pergi Bandung, cuba lah try jus 3 layers: avocado, manggo dan durian belanda. Memang sedap, ingat Malaysia je ke ada Teh 3 layers haha.
  • Di Pasar Baru, kalau boleh dapatkan khidmat untuk orang angkut barang dan guide kita. Itu lagi baik sebab dia akan memudahkan urusan kita. Cakap je mana nak pergi, dia akan terus meluru ke kedai tersebut. Ada 1 kedai kat Pasar Baru jual barang cenderahati murah-murah. Engkorang bayangkan 10 keychain boleh dapat RM4 je. Gila tak gila di situ.
  • Aku dah jadi assistant, jadi aku akan sentiasa pegang kalkulator kat tangan untk bersedia convert Rp ke RM haha. Pengiraannya mudah sahaja:
1Rp. > RM0.03
Harga barang tu Rp.10 ribu, berapa harga dalam RM?
10ribu x 0.03 / 100 = RM3

RM0.03 > 1Rp.
Situasi seperti di atas, cuma tukar je nak harga RM3, berapa dalam Rupiah?
3 / 0.03 x 100 = Rp. 10 rb

Selepas:
  • Unpack barang dan distribute kat kawan-kawan yang upah korang beli barang hehe.

"Andai kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, Allah pasti menambahkan nikmat itu lagi"
"Jadilah musafir yang menghargai alam dengan apa adanya"