Bersalah

بسم الله الرحمن الرحيم

"Weh pinjam kereta jap. Aku nak pergi interview", pinta Nina.

Dengan muka agak keberatan, Har pun menyerahkan kunci kereta kepada sahabatnya. Nina sering saja meminjam kereta Har bagi memudahkan gerakannya.

Mudah. Murah. Pinjam kereta kawan dari menyewa kereta terutama di dalam kampus yang besar ni.

"Alamak! Aku dah lewat ni ke interview. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Muah sikit!", sambil muncung mulutnya dari jauh.

Semasa dalam perjalanan ke tempat interview, Nina berasa kurang enak dalam hatinya. Hatinya seperti gusar, "err.. ke sebab aku lalu ke tempat sunyi sepi ni?", Nina pun mengenepikan gerak hatinya yang negatif itu. Dia terus memandu dengan kelajuan 50km/j kerana ini kawasan kampus.

Sambil melihat ke arah jam, "Alhamdulillah, sempat aku sampai", menghela nafas panjang.

"Apa yang awak harap dalam interview ini?", salah seorang panel bertanya, yang mengenakan tudung segi empat bidang 45' bercorak abstrak.

"Saya harap saya dipilih dan saya boleh memberi manfaat kepada orang lain suatu hari nanti. Perjalanan dan bakal pengalaman saya bermula di sini", jawab Nina dengan penuh yakin.

3 panel yang lain memandang tepat ke arah Nina sambil tersenyum lebar.

"Agaknya jawapan aku memuaskan kot?", bisik hatinya.

"Aduh! dah dekat tengah malam ni, kena lalu jalan yang sunyi sepi pulak", bebel dia sendirian.

"Bismillahirahmanirahim", dia mula membuka enjin. Dan terus memecut ke kolej.

"Keringnya tekak. I need to hydrate, rindu pulak kat Teh Ais". Minuman kegemaran dia setakat ini. Semasa mahu memakir kereta di bawah bumbung, terasa kereta seperti bergegar dan bunyi hentakan yang agak kuat.

"Buummmmpppp!"

"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!", jerit sendirian di dalam kereta milik sahabatnya.

Terus meluru keluar dari kereta dan terlihat lekukan yang besar di pintu kereta. Terduduk. Terdiam. Terkesima.

"Allah.. ini kereta orang, bukan kereta aku. Kau bodoh Nina. Kau loser. Padan muka. Padan muka", kata-kata kesat tak habis-habis diungkapkan pada dirinya sendiri. Ini mengisyaratkan kemarahan ke atas kecuaian diri.

"Har, i have a bad news. I would like to apologise before confession. Aku betul-betul minta maaf", dengan nada yang agak bersalah.

"Kenapa??", mata Har terbeliak seperti dapat bau kesalahan Nina sudah lakukan.

"Kereta kau kemek.. err.. tercalar... tapi aku janji aku bayar ganti rugi". Har mengetap bibir dan menekup mukanya seolah-olah menahan air mata di hadapan Nina.

Photo credit: Google image


Nina bersalah yang teramat. Dah dua kali Nina merosakkan kereta Har. Sikap Nina yang ganas seolah-olah tidak menghargai pemberian orang lain. Sepatutnya menjaga barang orang dengan baik dan sempurna. Nina menyesal dan berusaha untuk tidak lagi meminjam kereta sesiapa kerana dia tidak lagi mahu melukai hati sesiapa pun.

"Ini mungkin ujian Dia kepada-ku. Maafkan-ku sahabat", sebaik sahaja selepas berjumpa Har.