Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu,
Pemikiranmu kurang matang,
Masih tebal hal keduniaan di dalam hatimu,
Kau menangis atas perkara yang menjijikkan,
Kau meletakkan orang yang banyak berkorban untuk diri di tangga tercorot,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Kau rasa kau dah temui kebenaran,
Hakikatnya, kau melalui jalan yang berliku-liku,
Sukar untuk kau lepaskan insan yang bukan membawa kau ke jalanNya,
Kau berani pilih sama ada melepaskan cinta Tuhan,
atau meneruskan cinta makhluk yang palsu dan penuh noda,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Kau akhirnya sedar cinta Tuhan mengatasi segalanya,
Itupun setelah kau dijentik dengan ujian kelemahan kau,
Kau berpaling padaNya,
Memohon melepaskan sifat kecintaan dunia dari hatimu,
Tapi kau tak pernah pun berusaha melakukannya,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Semakin kau mendekati orang-orang yang mendekatkan diri pada Tuhan,
Kau sedar bahawa Dia tak pernah bencikan kau,
Malah Dia cinta sayang dan rindu pada rintihan kau,
Buktinya Dia mencampakkan kau bersama insan-insan yang soleh/ah,
Di mana bercerita tentang Dia sehingga kau tersentak menangis penuh insaf,
Niat kau ibarat seorang raja membina sebuah istana emas,
Tetapi amal perbuatan kau masih tak ubah seperti
anjing yang menjilat najisnya,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Berdoalah engkau,
Memohon agar dipermudahkan jalan,
Istajib du'a ana (Perkenankan doaku),
Serta meletakkan dunia di hujung tangan tapi mendakap akhirat erat di hati,
Kerana Dia Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat, Maha Santun dan Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku di hati.
Malu itu kau perlu ada. Kerana sabda kekasihnya,
malu dan iman itu perlu seiring. Itulah sifat orang mukmin.

Misi mencari Allah SWT masih jauh lagi perjalanannya. Kau yang merasa jauh tapi hakikatnya, Dia berada sangat dekat. Muhasabah.