travel-tips

بسم الله الرحمن الرحيم

OK, entry kali ni akan bagi tips je untuk travel, well ni aku buat based on review kat blogs, pemerhatian dan thoughts. Boleh juga diaplikasikan untuk traveller. Nak dipendekkan cerita, aku jenis simple, tak nak serabut sangat, lagi sikit lagi bagus, dah boleh expect apa yang berlaku. Tu jenis aku.

Trip ni pun mak aku fully-support, senang cerita aku jadi assistant dia untuk angkut barang, convert duit dan penasihat gaya. Ini murah apa kelebihan, ini mahal apa keburukan. Kalau dapat lagi murah lagi aku nak haha.

Sebelum:

  • Cuba buka blogs yang pernah pergi ke Bandung, cuba hadam experience mereka pergi ke sana. Atau bersemuka dengan orang yang pernah pergi ke negara itu, mudah untuk bertanya soalan. Kebanyakkan kata Bandung ni best, syurga shopping. Ermm.. pendapat aku, takdelah syurga mana pun, tak setuju dengan statement tu. Dulu, mungkin ya. Sekarang peniaga pun bijak tahu kita ni foreigner jadi dorang akan mark-up kaw-kaw punya. Harga foreigner dan locals berbeza. 
  • Baca itinerary yang diberikan, selalunya dapat 2 minggu sebelum trip (sekurang-kurangnya). Jadi, aku akan expect apa yang aku perlukan sepanjang perjalanan. Cth macam aku perempuan perlukan telekung, extra panties dan pantyliner. Itu biasa, satu kerperluan jua.
  • Pastikan passport tamat tempoh lebih dari 6 bulan pada hari trip tu.
  • Siap beli barang-barang keperluan macam toiletries; untuk pastikan badan harum sentiasa dan juga makanan ringan macam coklat, biskut dan MaggieCup.
  • Baju aku bawak memang simple sangat: 1pasang pyjamas, 1 suar jeans (pakai 3 hari), 2 helai baju (1 t-shirt, 1 blous), coat dan 3 helai tudung (1 shawl, 2 ala-ala Ariani). Untuk mengurangkan beban beg. Aku pun tak pening bila dah pakai nanti sebab aku expect aku akan shopping baju so, aku akan pakai baju yang aku shopping. Malangnya, itu sama sekali tidak berlaku haha.
  • Luggage macam biasa memang aku bawa 2 (satu untuk mama, satu untuk aku) dan schoolbag (simpan telekung, tisu, duit dsb)
  • Pastikan sampai airport awal, tolong jangan lengah-lengahkan masa. Sekarang masa pun berjalan dengan terlalu pantas sampai kita pun tak sempat nak kejar. Buat last check: duit, IC dan passport. Duit belanja kalau jenis tak kuat shopping Rp.1juta untuk 4 hari pun cukup untuk 3 hari: makan dan sikit cenderahati.
  • Print waktu solat di negara yang kita nak pergi, waktu dia dengan Malaysia sangat berbeza. Di Indonesia, jam 6 pagi mereka dah macam jam 8 pagi kita. Waktu mereka lewat sejam, jadi masa dalam flight, siap-siap tukar jam ke waktu Indonesia.
  • Buatlah solat sunat musafir, supaya perjalanan kita ni mudah dan diredhai. Tiada kecelakaan dan menyenangkan urusan kita dan semua. Solat ni aku rasa memang sangat penting sebab kita memang tak tahu apa yang kita bakal hadapi. 
Semasa:
  • Acara program berubah itu biasa, bergantung pada kita nak adapt perubahan tu. Kita memang sentiasa kena banyak bersabar dan memerhati keadaan sekeliling. Andai terleka, semua benda nak menyesal pun tak berguna lagi.
  • Kalau boleh, cuba dapatkan nasihat tour guide berkenaan tempat yang kita nak pergi. Kita orang baru dan jangan pula berlagak seperti kita dah tahu semua benda. Orang yang dah tinggal lebih 10tahun lebih berpengalaman tahu bila macet (jammed), hari libur dan sebagainya.
  • Well, solat aku di sana memang sangat-sangat tak teratur. Aku pun tak tahu nak salahkan sesiapa, cuma nak salahkan diri sendiri je sebab tak bertindak dengan lebih tegas herm. Bila kita pergi ke group yang bukan geng solat, itu paling payah sekali nak urus sebab stok2 begini semuanya nak cepat-cepat dan laju-laju kejar masa. Itu memang aku paling kesal sekali, Melayu pulak tu. Bangsa lain tak kisah, cuma diorang cakap selesaikan je solat tu dulu. Tolong jaga solat, kalau boleh paksa tour guide berhenti mana-mana musholla. Itulah perkara yang paling aku kesal kat sana.
  • Jaga beg itu elok-elok. Macam aku, mama memang dah siap convert duit dan kami bawa lebih dari Rp.3 juta, jadi aku memang letak setiap sejuta dalam sampul yang berlainan dan diletakkan di tempat berlainan supaya, kalau hilang bukan hilang semua sekali haha. Perbelanjaan kami sehari pun dalam Rp.1 juta atau kurang (termasuk makan dan shopping), kecuali kat Pasar Baru memang hampir Rp.4 juta habis MACAM TU JE.
  • Penjual kat sana aku rasa diorang kreatif sangat, tu memang aku puji la. Buat muka sedih, turunkan harga, tambahkan barang siap free gift haha. Memang macam-macam cara mereka guna untuk pembeli attract kat barang mereka. Tapi, aku pun kekadang takut juga sebab dorang akan pandang, walaupun aku geleng selagi tu lah mereka akan datang dekat. Kita cakap je, "takpe, terima kasih". insyALLAH lama-lama nanti dorang faham lah.
  • Aku lebih suka mengamati pemandangan dari shopping. Aku lebih suka makan dari shopping. Entah, macam aku lebih hargai mata yang aku nak lihat, benda yang aku nak rasa. Kehidupan di sana aku tengok macam sadis pun ada, rumah dah macam setinggan dah. Ada je yang gah-gah tapi itu pun 30% je, siap takde orang yang diami pun. Ada je rakyat mereka yang miskin (bukan fakir- sebab ada handphone) dan kaya. Tapi, sawah padi memang belambak lah.
  • Aku merasakan berat aku naik dengan mendadak di sini, aku makan memang tak ingat dunia. Tak ingat pesan Rasulullah SAW, makan bila lapar henti bila kenyang. Mission failed, hihi. Makanan dia ya Allah sumpah sedap, memang aku hargai betul air tangan orang Indonesia.
  • Kat Tangkuban Perahu, ada lah penjual tu jual strawberi. dia bagi 4 pek strawberi & 1 pek raspberry = Rp.60rb -> RM12. Jadi kami pun beli sebab dia punya pujuk setengah jam, penat dah nak dengar tapi memang manis dan sedap lah. Lagipun, kami tak singgah ladang strawberi. 
  • Kalau nak shopping, cuba nego harga dari 50% ke 70%, kalau tak dapat, pergi lah ke kedai lain sebab banyak je pilihan yang ada. Jangan buang masa kat satu kedai je. Selalunya, bila kita nak angkat kaki dari kedai tu, akhirnya mesti penjual tu akan bagi harga yang kita nak ATAU dia kan tambah Rp.10rb lagi. Aku dah nampak permainan dia. TAK TAHAN GUNA AYAT "Harga pecah TELUR, buk". Lepas beli, mesti dia doakan, "moga diberkati dan dimurohkan rejeki". Kita pun jawab lah, "ya, untuk kamu juga".
  • Bahasa mereka mudah je difahami. Cuma ada sesetengah ayat agak pelik dan confusing. Tak berdosa pun tanya mereka ayat apa yang mereka maksudkan. Rakyat mereka sangat baik dan peramah. Tandas yang aku pergi setakat ni bersih je tapi pergi restoran punya jelah.
  • Ya, lagi satu surau mereka campur laki perempuan kalau ada tirai pun, jarang-jarang kayu dia tu. Aku memang naik stress dengan perkara ni. Tempat wudhu pun takde penghadang, bayangkan ambik air sembahyang sebelah lelaki, rasa nak pitam. Terpaksa ambik kat tandas, takde dah choice lain.
  • Kalau pergi Bandung, cuba lah try jus 3 layers: avocado, manggo dan durian belanda. Memang sedap, ingat Malaysia je ke ada Teh 3 layers haha.
  • Di Pasar Baru, kalau boleh dapatkan khidmat untuk orang angkut barang dan guide kita. Itu lagi baik sebab dia akan memudahkan urusan kita. Cakap je mana nak pergi, dia akan terus meluru ke kedai tersebut. Ada 1 kedai kat Pasar Baru jual barang cenderahati murah-murah. Engkorang bayangkan 10 keychain boleh dapat RM4 je. Gila tak gila di situ.
  • Aku dah jadi assistant, jadi aku akan sentiasa pegang kalkulator kat tangan untk bersedia convert Rp ke RM haha. Pengiraannya mudah sahaja:
1Rp. > RM0.03
Harga barang tu Rp.10 ribu, berapa harga dalam RM?
10ribu x 0.03 / 100 = RM3

RM0.03 > 1Rp.
Situasi seperti di atas, cuma tukar je nak harga RM3, berapa dalam Rupiah?
3 / 0.03 x 100 = Rp. 10 rb

Selepas:
  • Unpack barang dan distribute kat kawan-kawan yang upah korang beli barang hehe.

"Andai kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, Allah pasti menambahkan nikmat itu lagi"
"Jadilah musafir yang menghargai alam dengan apa adanya"

Bandung

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah post kali ini saya ingin review tentang trip ke Bandung. Entri kali ni simple je tapi panjang. Means cuba untuk padatkan poin-poin yang mungkin sesape teringin nak melawat ke negara nusantara Melayu ini. First of all, trip ini under travel agency ( Kembara Ilmu Travel ). Dalam group ni 20 orang, RM800/pax. Ok let me illustrate the itinerary before trip.

Jumaat (29 Ogos 2014)
11.30pm:  Bertolak dari Ipoh

Sabtu (30 Ogos 2014)
3.00am: Tiba di KLIA2
7.00am: Flight ke Jakarta
9.30am: Tiba di Sokaerno-Hatta Int Airport)
        - Sight-seeing di Monas
        - Shopping di Tanah Abang
        - Bertolak ke Bandung, bergambar di Masjid Agung
7.00pm: Check in Hotel Malaka, di Jalan Palasari

Ahad (31 Ogos 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Pergi ke Tangkuban Perahu, Ladang Strawberi, lunch
2.00pm: Shoping di Toko tiga, Jln Cibaduyut, Rumah Mode
8.00pm: Pulang ke hotel

Isnin (1 Sept 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Shopping di Pasar Baru
           : Last round di Bandung
1.00pm: Bertolak ke Jakarta
9.30pm: Flight ke Malaysia
11.30pm: Tiba di KLIA2

Selasa (2 Sept 2014)
4.00am: Tiba di Ipoh


OK. apa yang included dalam pakej trip ni:

  • Breakfast (hotel)
  • Tip pemandu/ tour guide (bekerja kurang dari jam 8pm, lebih kena bayar tip)
  • Flight ticket (AirAsia)
  • Hotel
  • Sewa MPV dan Coaster

*entri ni takde gambar sebab saya memang tak banyak ambil gambar, lebih kepada menikmati apa yang ada di hadapan mata*

Next, ini yang berlaku apabila berada di tempat/ waktu kejadian.


Jumaat (29 Ogos 2014)
12.00am:  Bertolak dari Ipoh (lewat setengah jam)

Sabtu (30 Ogos 2014)
3.30am: Tiba di KLIA2 (lewat setengah jam)
7.00am: Flight ke Jakarta
9.30am: Tiba di Sokaerno-Hatta Int Airport)
             - Bertolak ke Bandung
             - Makan tengah hari di R&R, masakan Padang di restoran Simpang Raya
             - Shopping kain Pasang di D'Fashion
             - Shopping di Outlet Ralph Lauren Polo
             - Makan malam di Rumah Belacan (Makanan Sunda)
7.00pm: Check in Hotel Malaka, di Jalan Palasari

Ahad (31 Ogos 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Pergi ke Tangkuban Perahu
1.00pm: Lunch di Gedug Makan Meng Engkreng di Bdr Lembang
4.00pm: Shopping di Rumah Mode
8.00pm: Spa di Mariyati, Jln Setiabudhi
11.00pm: Pulang ke hotel

Isnin (1 Sept 2014)
7.00am: Breakfast di hotel
9.00am: Shopping di Pasar Baru
           : Last round di Bandung
1.00pm: Bertolak ke Jakarta
9.30pm: Flight ke Malaysia
11.30pm: Tiba di KLIA2

Selasa (2 Sept 2014)
4.00am: Tiba di Ipoh

OK, always expected the unexpected. Kalau dah trip dengan group, memang macam-macam pe'elnya. Ada yang jenis lambat bergerak, ada yang nak terlalu ikut itinerary, ada yang nak cepat sangat. Itu adat berjemaah (berkumpulan).

Ni komen saya di setiap tempat saya pergi, apa yg saya perhatikan dan apa yang saya rasa nak komen hewhew.

KLIA2
  • Sangat-sangat besar dan luas, dari tempat check in baggage ke tempat menunggu dah macam nak lari pass baton 1000x4 mtr. boleh nampak kan jauhnya dia.
  • Walaupun begitu, banyak sangat kerusi untuk orang yang berpenat lelah berlari ke sana ke mari di sepanjang jalan
  • Ya, surau pun banyak juga. Amat selesa walaupun kecil yang hanya muatkan dalam 12 orang (selepas check-in baggage)
Sokaerno-Hatta Airport, Jakarta
  • Memang beza antara langit dan bumi dengan KLIA2. Struktur bangunan sangat simple dan agak outdated.
  • Tempatnya bersih dan selesa tapi tak banyak provide kerusi sebab orang naik flight dari situ terlalu ramai.
  • Keluar je bangunan, memang ramai offer "pak supir", ada yang paksa suruh naik cab dia tapi, saya kan dalam group jadi golongan ini faham yang kami ni mesti bawah travel agency. So, diorang tak ganggu laluan kita
Highway Jakarta-Bandung
  • Kiri-kanan sawah padi, dah rasa macam jalan-jalan kampung pula di Kedah
  • Lebuhraya pun ala-ala Malaysia juga, ada 3 lorong, ada signboard. SEBIJIK.
  • Kalau ada sawah, ada rumah lah jugak di situ. Tapi jarak dari satu rumah ke rumah yang lain ya ampun jauh macam padang terkukur.
  • Sungai banyak sangat sampah, itu di kawasan bukan sawah tapi macam rumah buruh yang kenis flat-2-tingkat. Saya tengok sungai tu pun dah tercemar kesuciannya.
Makanan Padang di Restoran Simpang Raya
  • Jenis hidang makanan banyak lauk. Once touched, considered sold. 
  • Lauknya memang sedap, kena sangat dengan selera orang Melayu. Paling saya layan sambal bercili hijau dan ayam bakar.
  • So, kami makan dalam 4 orang satu hidangan - seorang bayaran dalam Rp.70rb= RM20, kalau kat Malaysia dengarnya lagi mahal kaw-kaw. Tapi, saya tahu sebenarnya harga mahal tapi yela foreigner kan, dia caj lah lebih 30-40%.

Kredit foto: www.baltyra.com
Kain Pasang D'fashion
  • Gedung ni dia ala-ala Jakel, kualiti sama tapi harganya 70% murah. Banyak juga saya berbelanja di sini buat cenderamata untuk mak saudara dan ada beli juga sepasang kain untuk hari raya nanti.
Outlet Ralph Lauren Polo
  • Ini khas untuk peminat fanatik Polo. Menurut mereka, kualiti kain sama macam Polo tapi harganya murah sangat.
  • Bila saya convert ke RM, kebanyakkan harga pun atas RM50, memang tak layan lah pun barangnya walaupun hakikatnya kuatliti sangat bagussss.
Rumah Belacan
  • Makanan yang based on belacan je. Semua pun jenis belacan. Ni kami makan beramai-ramai dalam 12 orang. Tak ingat apa nama makanan tapi yang pasti ada: 3JENIS masakan ikan, sayur kailan belacan, Ayam goreng belacan, telur dadar dan Sambal belacan.
  • Sedap sangat masakan sini. Memang kena dengan taste orang Melayu. Makan teramat kenyang sampai tak larat nak jalan kerana order terlalu banyak lauk-pauknya. Sini sorang bayar dalam Rp. 81,000 = RM25, kira berbaloi juga walaupun tetap rasa MAHAL.
  • Ambience ala-ala Bali, ada air terjun dalam restoran ini dan konsep kayu. Tandasnya bersih dan wangi.
Hotel Malaka, Bandung
  • Biliknya tidak besar sangat, seperti hotel budget sahaja. Memang sesuai untuk tinggal 2 orang je. Tapi kapasiti maksimum 4 orang, untuk yang berbadan kecil.
  • Breakfast pun OK, tak banyak choice tapi semuanya sedap belaka. Benda yang tak pernah saya makan pun, taram juga. Nak rasa makanan punya pasal.
  • Staff dia pun mesra dan banyak membantu. Ruang lobby kecil, bersebelah dengan coffee house. Tapi, kita bukan nak lepak sangat pun dekat lobby sebab 1 hari penuh programnya.
  • Rating yang diberi keseluruhan (service, makanan, ruang, design, kebersihan, kekemasan): 3 out of 5.
Tangkuban Perahu
  • Before saya pergi ke trip ni, saya memang dah survey pendapat orang tentang tempat ni. Apa yang best dan apa yang tak best. Apa baik buruknya dan cuba mendapat gambaran di sini. Dan kebanyakkannya di sini memang paling mencabar sebab sentiasa penjual ikut kita supaya membeli barang mereka. Selagi kita tak pay attention, selagi tu dia mengekori. Jadi, saya memang dah prepare fizikal dan mental di sini.
  • Tempat ni ala-ala Cameron Highlands, sejuk dia Ya Robbi nyaman bangat. Rasa macam "SubahanAllah, subhanAllah, subhanAllah", memang sangat menenangkan jiwa dan mata walaupun pemandangan yg menjadi tarikan cuma gunung berapi yang dah meletus haha. 
  • Saya sekadar mengambil gambar sekeping dua sebab takda apa pun yang menarik.
  • Cuma yang menarik perhatiannya dan menggelikan hati penjual di sana dengan selamba menyusukan anak di depan orang ramai. Tercenggang beberapa kali, sebab kat Malaysia perempuan akan cuba sebaik mungkin menyusukan anaknya di tempat yang bukan tumpuan ramai. Gaya menyusukan anak seperti mereka berada di rumah.
Gedug Makan di Lembang
  • Tempat makan ini cuma 20 minit dari Tangkuban Perahu dan terletak di kaki bukit. Makanannya pun memang enak sangat. Kami order set untuk 10 orang tapi di makan oleh 12 orang. Jadi, makan pun macam tak beberapa nak kenyang, sekadar mengisi perut kosong saja. Lauk yang boleh consider 'layan', sambal belacan. saya pun tak tahu apa bahan yang dorang letakkan.
  • Sini sorang kosnya dalam Rp.7rb = RM15, kira okay dibandingkan dengan restoran sebelum ni.
Rumah Mode
  • Rumah Mode ni saya consider dia macam Reject Shop. Ada je barang berjenama yang diperbuat di Indonesia tapi harga lebih murah dan kualitinya pun bagus.
  • Saya bukan jenis orang nak beli barang berjenama dan mahal. Sebab memang sudah terbiasa membeli barang dengan harga murah tapi kualiti biasa2 pun boleh je. Ramai dah kawan2 kata saya ni kedekut, susah nak spend duit.
  • Tak banyak benda nak cerita kat sini sebab banyak kehampaan. Review kat blog lain, ramai kata sini best, suasana best lah. Jadi, gambaran tu dah nampak, tengok2 under-expectation. Mungkin orang yang suka barang berjenama, boleh lah pergi sini.
Mariaty's Spa
  • Memang dah dalam hati pergi ke Bandung untuk memanjakan diri. Sebelum ni review blog orang Bandung yang suka pergi Spa tapi, Mariaty's Spa tiada dalam blog tersebut.
  • Spa ni terletak kurang lebih 50mtr dari Rumah Mode, dikatakan ramai orang Malaysia buat treatment kat sini. Jadi, kami pun try juga, setelah direkemen oleh tour guide kami. 
  • Dia banyak servis, antaranya: manicure, pedicure, reflexology, urutan, lulur badan, sauna dan sebagainya. Mama dan saya decide nak ambil pakej: urutan, lulur badan dan urutan muka --> Rp.250rb/seorang = RM80, Mama cakap kalau buat ni di Malaysia lebih dari RM100. Dan saya buat tambahan waxing di ketiak dalam Rp.7rb= RM15, di Ipoh pula RM30. Jadi, memang sangat berbaloi.
  • Pekerja dia bagus mengurut, seperti tahu titik-titik untuk urutan, memang lega dan segar lepas itu. Mereka juga sangat peramah dan wangi. Mereka cerita yang gaji sebulan mereka dalam RP500rb= RM150. Saya memang terkejut, like what they eat for one month? Makanan semua mahal gila kot. Dalam hati memang bersyukur sangat sebab hidup di Malaysia. Kerajaan baik hati lagi bagi elaun kat mahasiswa. 
  • Lagi 1, waxing ketiak memang paling dipuji. Ya ampun, bersih sangat dia sapu ketiak sampai dia skrub ketiak saya jadi putih. Nak berpeluh pun lepas ni kurang baunya hehe.
Pasar Baru
  • Kalau anda review blog bloggers yang lain, ada je gambar pasar baru ni. Dia memang ala-ala Jalan TAR, cumanya dia dalam Mall dengan mempunyai 12 tingkat. Dari A-Z, macam-macam ada. Sini kami banyak membeli sebab ada orang kirim telekung. Telekung kerawang pun harganya dalam RM45. Kalau di Malaysia, mahalnya sampai RM80. Kami memang borong, ada nak bagi kat orang.
  • Kat sini juga, saya beli swimming suit Muslimah dengan harga RM70 (malas nak convert duit, haha). Kalau kat Malaysia dalam RM150. Hah, memang puas hati dapat baju ni.
  • Banyak nak cari lagi sebenarnya: baju Muslimah dan stoking tapi apakan daya masa yang diberikan cuma 2 jam sahaja. Masa berjalan memang pantas sekali.
Ni je review tempat2 di Bandung. Next entry, tips pula ya. Sebelum, semasa dan selepas. Apa yang perlu dibawa dan tak perlu pun.