DEAR Future hubby,

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Jodoh itu ketentuan Dia. Walau siapapun kau, insyAllah aku rela menjadi khadam-mu.

2. Rupa bukan menjadi pengukur kebahagiaan. Apatah lagi sebuah kekayaan. Bukan menolak kekayaan tapi andai itu memudaratkan kita. Adakah kita harus menerimanya?

3. Apa aku inginkan dari seorang lelaki? Lelaki yang mampu membimbing aku ke jalan Dia dan menerima baik buruk aku dan keluargaku.

4. Percayalah wahai lelaki, izinkan aku memberi "service" terbaik kepada-mu kelak sebab aku pun ingin membuka mana-mana pintu Sorga yang aku mahu. Bukankah itu janji Allah bahawa mereka yang menjaga solat, puasa, maruah diri dan suami boleh masuk mana-mana pintu Sorga?

5. Apa aku inginkan dari sebuah keluarga? Mahabbah (cinta), rahmah (kasih sayang) serta kefahaman antara kita. Sebarkan cinta dan kasih sayang sesama kita dan merebak kepada orang sekeliling. Untuk apa menonjolkan sifat benci dan iri hati jika itu yang dibenci Allah?

6. Aku perempuan lemah. Insan lemah yang penuh dosa. Aku pendosa setiap hari, hari-hari aku tak lekang berbuat dosa. SEBAB aku gagal dalam mujahadah. Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

7. Cinta yang aku ingin adalah cinta kau keranaNya. Itu cinta yang hakiki, tiada penyesalan yang akan berlaku.

8. Aku bukan perempuan yang mampu untuk berkongsi kasih. Poligami itu bukan wajib hukumnya kan? Tapi, andai kau memilih orang yang lebih baik dari aku maka lepaskan aku. Aku tak akan halang kau untuk menambah "khadam" tapi, andai itu keputusanmu, aku terima.

9. Bantu aku dalam memperbaiki diri. Aku punya banyak kelemahan. Aku akan cuba merubah kebaikan sebaik mungkin sepertimana aku berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Hari-hari mujahadah tapi, masih gagal. Astaghfirullah.

10. Andai aku salah, tegurlah aku. Aku mungkin sukar menerima teguran tapi, aku akan sentiasa berfikir supaya menerima teguran sang suami. Jatuhkan ego aku di saat kau melafazkan nikah.

Photo credit: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBKOTtJ1yzs-6uP29_f1v29bHZp3NyRbsR6TcFiKi6bt1FotLqKLXBFyPg9i47M0ZWifUTQ5kv9XDmJ9QKYkXCex22wZhZood1o1gBFds605DmtkCBBGyZXMgR94v_BcJrLlNSA77u_3LY/s1600/Sara+Colket+Photography-Newborn+Parker-155.jpg

11. Aku sentiasa inginkan sebuah keluarga yang bahagia dengan rahmat Allah di dalamnya. Anak-anak yang sihat, bijak, cinta Allah dan Rasul dan soleh. Aku akan cuba menjadi ibu terbaik dalam mendidik mereka. Bukankah ibu yang hebat dapat mencipta anak dan suami yang hebat?

12. Izinkan aku untuk membantumu dalam apa jua perkara, izinkan aku untuk mencampuri urusanmu, izinkan aku untuk menenangimu di saat kesukaran, izinkan aku untuk mejadi sahabatmu, izinkan aku untuk menjadi penyejuk mata dan penawar hati.

13. Bersabarlah wahai lelaki dalam mendidik aku. Wanita ini ibarat tulang bengkok, jika kau cuba luruskan maka patahlah ia, jika kau biarkan maka makin menjadi-jadi bengkok dia. Bersabarlah dengan akhlak dan tutur kataku.

14. Walau siapapun kau di waktu lampau, itu bukan penunjuk siapa kau di masa hadapan. Selagi kau mahu menyayangi aku kerana Allah, aku percaya sayang ini tiada penghujungnya.

Photo credit: https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSg8PKsmnVss_LscuMN0JzkwN8T0c9IHLktF6HaEj74S_Tfmnxk



Jodoh itu satu misteri, kematian juga satu misteri.
Jodoh memerlukan persediaan yang rapi,
Tetapi, kematian lebih lagi memerlukan persediaan yang rapi.