Ummi

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanggal 19 Mei 2014,

Tepat jam 8 malam, seusai sahaja menunaikan solat Maghrib, Setelah kepenatan menguasai diri, ku gagahkan jua tangan ini untuk mendial nama yang disimpan sebagai "Mama".

"Assalamualaikum, kat mana tu?", itu soalan pertama yang wajib ditanya kerana kalau beliau masih di opis, risau terganggu kerjanya. Almaklum, pekerjaannya boleh mencecah selewat jam 11 malam.

"Kat rumah dah. Buat apa tu?"

"Baru lepas solat, tengah bercakap guna talipon la ni"

"Takde test ke? Tak reti nak study?"

"HEHE. satg ceq study lah. Ni haa nak wish selamat hari lahir. Walaupun esok, kita wish awal ek? Takut terlupa dan terlewat. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat serta dipermudahkan urusan"

Di hujung talian, beliau berdiam. Terkesima mungkin. Dan tiba-tiba ku terdengar seperti bunyi menahan tangisan.

"Terima kasih", dalam suara yang serak-serak menahan tangisan mungkin.

Air mata ku turut mengalir. Kalau Mama menangis, aku pasti turut serta seperi merasai apa yang beliau rasai. Momen itu paling sukar untuk dilupakan.


Baru ku sedar, dia amat perlukan doa dari anak-anaknya jua. Dan ingin aku memberitakan kepada-Nya bahawa aku bersyukur dihadiahkan seorang ibu yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk anak-anaknya. She's my SuperMom!

p/s: i miss her

Source: Google Image