jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Biodata Amar:
- Dahulunya seorang India
- Penduduk bandar tapi suka tinggal di kampung
- Suka berkawan dengan orang Melayu
- Tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tapi punyai pengalaman hidup yang bernilai
- Suka bercucuk tanam dan memasak
- Mempunyai keluarga yang konservatif, pentingkan tradisional
- Sangat setia, hanya cinta pada yang satu
- Respon yang agak pantas terhadap persekitaran
- Berpendirian yang tetap

Biodata Zai:
-Seorang Muslim
- Gadis kampung tapi bekerja di bandar
- Introvert, mempunyai kawan yang sedikit
- Pendidikan sekadar SPTM
- Rajin dalam semua perkara
- Mempunyai keluarga yang berfikiran tidak menolak kemodenan
- Sangat setia, hanya cinta pada yang satu
- Sangat suka berlawak, menceriakan orang di sekeliling
- Pendirian mengikut kondisi

Amar dan Zai berkenalan sewaktu mereka berumur 20-an. Amar lebih 3 tahun muda daripada Zai. Walaupun Amar berlatarbelakang keluarga beragama Hindu, hidupnya tetap tidak beriman kepada agamanya di mana selalu naik turun kuil, menggoncang loceng dan memasang asap. Jadi, Amar lebih suka menghabiskan masanya bersama rakan-rakan jamming. Dia seorang pemain gitar yang hebat. Petik saja apa-apa lagu Melayu, dia mampu "menggoreng" lagu tersebut. Itu minatnya.

Zai pula seorang yang keluar untuk bekerja sahaja. Selepas bekerja, pasti rumah yang ditujui walaupun ada beberapa rakan yang suka mengajaknya lepak bersama, dia menolaknya. Itu bukan hobi sampingannya. Perkenalan mereka bermula di sebuah kilang, Zai seorang kerani manakala Amar hanyalah staf stor yang menyusun kotak-kotak di tempatnya. Jadi, mereka selalu berurusan bersama. Oleh kerana lelaki ini begitu petah berbahasa Melayu, Zai jadi selesa berurusan dengannya. Memudahkan kerja katanya.

Mereka saling bertukar-tukar nombor. Dan akhirnya bermula lah sebuah ikatan yang agak serius di antara mereka. Bayangkan seorang lelaki Hindu berteman wanitakan seorang perempuan Muslim. Ia bukan perkara mudah. Jika mereka keluar berdua, ada sahaja mata-mata yang memerhati dan membisikkan sesuatu sesama mereka.

"EEE.. dah takde orang lain ke nak jadi teman lelaki dia"

"Jijik pulak aku tengok kulit berlainan warna ni bersama"

Mungkin ada yang postif. Mungkin juga negatif. Mulut manusia mana boleh tutup.

Selama 10 tahun bercinta (belum ada ikatan yang sah), sementara Amar masih beragama Hindu, mereka mempunyai tentangan yang hebat di antara keluarga kedua-dua pihak. Ibu Amar yang paling tidak suka perempuan Melayu dan ayah Zai yang begitu marah kerana Zai memilih bangsa lain daripada lelaki bangsa sendiri. Mereka tetap tabah. Oleh kerana Amar mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu dan beragama Islam jadi dia cuba mengorek latar belakang Islam dan terkadang ajaran Islam itu sendiri yang datang tanpa disedari.

Dek kerana terlalu lama menjalinkan hubungan, mereka tetap melangsungkan perkahwinan dalam keadaan kedua-dua pihak keluarga kurang bersetuju dengan tindakan mereka. Zai menyukai Amar kerana sesuatu begitu juga Amar menyukai sesuatu kerana Zai.  Amar biasa dikelilingi oleh orang Melayu jadi dia tahu bagaimana orang Melayu berfikir, bertindak, cara hidup dan sebagainya. Ia bukan satu masalah untuk Amar membiasakan diri dalam keluarga Zai. Walau bagaimanapun, keluarga Amar masih belum dapat menerima Zai seadanya.

Gambar hiasan