Ummi

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanggal 19 Mei 2014,

Tepat jam 8 malam, seusai sahaja menunaikan solat Maghrib, Setelah kepenatan menguasai diri, ku gagahkan jua tangan ini untuk mendial nama yang disimpan sebagai "Mama".

"Assalamualaikum, kat mana tu?", itu soalan pertama yang wajib ditanya kerana kalau beliau masih di opis, risau terganggu kerjanya. Almaklum, pekerjaannya boleh mencecah selewat jam 11 malam.

"Kat rumah dah. Buat apa tu?"

"Baru lepas solat, tengah bercakap guna talipon la ni"

"Takde test ke? Tak reti nak study?"

"HEHE. satg ceq study lah. Ni haa nak wish selamat hari lahir. Walaupun esok, kita wish awal ek? Takut terlupa dan terlewat. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat serta dipermudahkan urusan"

Di hujung talian, beliau berdiam. Terkesima mungkin. Dan tiba-tiba ku terdengar seperti bunyi menahan tangisan.

"Terima kasih", dalam suara yang serak-serak menahan tangisan mungkin.

Air mata ku turut mengalir. Kalau Mama menangis, aku pasti turut serta seperi merasai apa yang beliau rasai. Momen itu paling sukar untuk dilupakan.


Baru ku sedar, dia amat perlukan doa dari anak-anaknya jua. Dan ingin aku memberitakan kepada-Nya bahawa aku bersyukur dihadiahkan seorang ibu yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk anak-anaknya. She's my SuperMom!

p/s: i miss her

Source: Google Image




Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Semakin kaki langkah maju ke hadapan, semakin banyak ujian membadai diri. Terkadang diri terfikir bahawa sejarah mana mungkin berulang. Hakikatnya, ia sering berulang bagi memperingatkan diri. Cuma diri rasa kosong dan tidak berperasaan.

"Ahh! Persertankan semua itu!"

Itu tahap paling "penat" dengan semua ini. Diri ini manusia, bukan punya kudrat yang kuat dari segi emosi apatah lagi fizikal. Diri juga perlu mengasingkan diri kerna setiap hati perlu muhasabah kembali apa improvisasi diri yang perlu dikecapi.

Aku insan lemah dan penuh dosa. Berilah aku ruang.

Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu,
Pemikiranmu kurang matang,
Masih tebal hal keduniaan di dalam hatimu,
Kau menangis atas perkara yang menjijikkan,
Kau meletakkan orang yang banyak berkorban untuk diri di tangga tercorot,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Kau rasa kau dah temui kebenaran,
Hakikatnya, kau melalui jalan yang berliku-liku,
Sukar untuk kau lepaskan insan yang bukan membawa kau ke jalanNya,
Kau berani pilih sama ada melepaskan cinta Tuhan,
atau meneruskan cinta makhluk yang palsu dan penuh noda,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Kau akhirnya sedar cinta Tuhan mengatasi segalanya,
Itupun setelah kau dijentik dengan ujian kelemahan kau,
Kau berpaling padaNya,
Memohon melepaskan sifat kecintaan dunia dari hatimu,
Tapi kau tak pernah pun berusaha melakukannya,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Semakin kau mendekati orang-orang yang mendekatkan diri pada Tuhan,
Kau sedar bahawa Dia tak pernah bencikan kau,
Malah Dia cinta sayang dan rindu pada rintihan kau,
Buktinya Dia mencampakkan kau bersama insan-insan yang soleh/ah,
Di mana bercerita tentang Dia sehingga kau tersentak menangis penuh insaf,
Niat kau ibarat seorang raja membina sebuah istana emas,
Tetapi amal perbuatan kau masih tak ubah seperti
anjing yang menjilat najisnya,
Manakah letaknya sifat malu itu?

Berdoalah engkau,
Memohon agar dipermudahkan jalan,
Istajib du'a ana (Perkenankan doaku),
Serta meletakkan dunia di hujung tangan tapi mendakap akhirat erat di hati,
Kerana Dia Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat, Maha Santun dan Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku di hati.
Malu itu kau perlu ada. Kerana sabda kekasihnya,
malu dan iman itu perlu seiring. Itulah sifat orang mukmin.

Misi mencari Allah SWT masih jauh lagi perjalanannya. Kau yang merasa jauh tapi hakikatnya, Dia berada sangat dekat. Muhasabah.

Semester

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir sebulan menjejaki ke fakulti Pengurusan di bangunan T08. Dalam hati, masih berat lagi untuk belajar. Mungkin otak dah berkarat manakan tidak menghabiskan masa selama 3 bulan di rumah sahaja. Ada sahaja aktiviti-aktiviti merapu yang dibuat, bukannya nak usaha menajamkan minda. Herm, itu sangat mengecewakan.

Semester kali ini hanya mempunyai 14 kredit, 
"OK lah tu, takde lah berat mana pun. Kalau masih tak dapat skor tak tahu lah nak cakap apa lagi", bisik hati.

Kali ini semua subjek menyenangkan hati dan kurang membebankan. Ada pensyarah kegemaran mengajar pada semester kali ini. Walaupun subjek yang diajar so-so tapi, cukuplah mempunyai pensyarah yang selalu cuba menarik perhatian dengan telatahnya, cukup mencuit hati! 

Basically, semester sebelum ini banyak sangat cakap pasal theory sampai aku nak termuntah atas buku teks setiap subjek. Bukan apa, theory dalam kos management ni sampai bila-bila pun takkan pernah surut, ada sahaja theory sepanjang zaman. Perbezaan pendapat itu kan harmoni, bak kata orang.  

OK berbeza pula dengan sem ini, 3 subjek tiada cakap pasal theory tapi lebih kepada realiti dan fakta. OK, mungkin ini kot yang kena dengan jiwa aku. Subjek Sains, Teknologi dan Manusia adalah subjek umum yang bagi aku berkenaan hubungkait antara pembangunan manusia dengan sains&teknologi, jadi pensyarah ini banyak memberi pandangan berkenaan S&T dari pelbagai sudut. Dari mana datangnya S&T dan beliau pun menceritakan kewujudan S&T. Kelas ni aku memang minat sangat! Sebab pensyarah ni open-minded. Tak lokek berkongsi ilmu pengetahuan am, tentang agama sebelum kedatangan Islam dan macam-macam lagi. Mungkin ini disebabkan aku terlalu obses dengan karya Ustaz Hasrizal.

Next kelas tentang Commercial Law. Since aku pun dah ambil subjek ni masa diploma boleh ingat sikit-sikit sesetengah chapters. Uniknya subjek ni adalah kes yang dibicarakan. Aku suka mendengar defenden, plaintif serta appellant dan respondent. Dalam subjek ni, banyak memberi aku "a deep thought". OK, bukan mudah jadi seorang hakim. Membuat keputusan yang melulu boleh menyebabkan kehancuran orang ramai. Dan pensyarah tak habis-habis tekankan "rakyat hanya tahu menunding tapi yang menanggung keputusan hakim jua". Cumanya, aku banyak tertanya-tanya kenapa Malaysia masih terikat dengan undang-undang British walaupun hakikatnya undang-undang Islam itu sendiri sudah sempurna. Tengoklah nanti kelas terakhir aku akan tanya, lagipun pensyarah ni tegas. Beliau suka mengetap bibir, tu lagi menambah ketakutan.

Ketiga, kelas Finance & Investment decision. Well, aku cuak juga mulanya. Tertanya samada kelas ni banyak guna formula ke tak atau pakai calculation yang complicated macam budak engineering guna. Kalah Calculus lah kononnya. Rupanya banyak teori, siap lecturer ni mentioned lagi, "korang akan ada buat study case, hah hadam lah puas-puas. Usah risau kira-kira tu tak banyak pakai pun." So, aku senyum tanda suka. Dah lama tinggalkan matematik jadi, kiraan secara congak ni makin lemah dan lembap. Kelas ni banyak cerita pasal Malaysia, seperti perancangan kewangan yang dilakukan serta dasar polisi kerajaan. Walaupun lecturer aku ni pro-BN, beliau kritik juga cara kerajaan mentadbir Malaysia. OK, bagus lah pun tak berat sebelah. Kita orang profesional, kena pandai menilai menggunakan ilmu yang ada. Kelas ini pun aku enjoy juga sebab lecturer ni "lawaknya agak keterlaluyan". Memang tak kering gusi, keluar je kelas pun masih senyum lagi sampai terbawa-bawa ke kelas seterusnya.


Itu sahaja lah pasal semester ni. Well, aku sekarang cuba untuk kurang merungut dan beralasan tapi entah kadang-kadang tu memang penat sangat-sangat. Apakan daya, itu semua amanah. Semoga kita semua dipermudahkan urusan hendaknya.

travel-tips

بسم الله الرحمن الرحيم

OK, entry kali ni akan bagi tips je untuk travel, well ni aku buat based on review kat blogs, pemerhatian dan thoughts. Boleh juga diaplikasikan untuk traveller. Nak dipendekkan cerita, aku jenis simple, tak nak serabut sangat, lagi sikit lagi bagus, dah boleh expect apa yang berlaku. Tu jenis aku.

Trip ni pun mak aku fully-support, senang cerita aku jadi assistant dia untuk angkut barang, convert duit dan penasihat gaya. Ini murah apa kelebihan, ini mahal apa keburukan. Kalau dapat lagi murah lagi aku nak haha.

Sebelum:

  • Cuba buka blogs yang pernah pergi ke Bandung, cuba hadam experience mereka pergi ke sana. Atau bersemuka dengan orang yang pernah pergi ke negara itu, mudah untuk bertanya soalan. Kebanyakkan kata Bandung ni best, syurga shopping. Ermm.. pendapat aku, takdelah syurga mana pun, tak setuju dengan statement tu. Dulu, mungkin ya. Sekarang peniaga pun bijak tahu kita ni foreigner jadi dorang akan mark-up kaw-kaw punya. Harga foreigner dan locals berbeza. 
  • Baca itinerary yang diberikan, selalunya dapat 2 minggu sebelum trip (sekurang-kurangnya). Jadi, aku akan expect apa yang aku perlukan sepanjang perjalanan. Cth macam aku perempuan perlukan telekung, extra panties dan pantyliner. Itu biasa, satu kerperluan jua.
  • Pastikan passport tamat tempoh lebih dari 6 bulan pada hari trip tu.
  • Siap beli barang-barang keperluan macam toiletries; untuk pastikan badan harum sentiasa dan juga makanan ringan macam coklat, biskut dan MaggieCup.
  • Baju aku bawak memang simple sangat: 1pasang pyjamas, 1 suar jeans (pakai 3 hari), 2 helai baju (1 t-shirt, 1 blous), coat dan 3 helai tudung (1 shawl, 2 ala-ala Ariani). Untuk mengurangkan beban beg. Aku pun tak pening bila dah pakai nanti sebab aku expect aku akan shopping baju so, aku akan pakai baju yang aku shopping. Malangnya, itu sama sekali tidak berlaku haha.
  • Luggage macam biasa memang aku bawa 2 (satu untuk mama, satu untuk aku) dan schoolbag (simpan telekung, tisu, duit dsb)
  • Pastikan sampai airport awal, tolong jangan lengah-lengahkan masa. Sekarang masa pun berjalan dengan terlalu pantas sampai kita pun tak sempat nak kejar. Buat last check: duit, IC dan passport. Duit belanja kalau jenis tak kuat shopping Rp.1juta untuk 4 hari pun cukup untuk 3 hari: makan dan sikit cenderahati.
  • Print waktu solat di negara yang kita nak pergi, waktu dia dengan Malaysia sangat berbeza. Di Indonesia, jam 6 pagi mereka dah macam jam 8 pagi kita. Waktu mereka lewat sejam, jadi masa dalam flight, siap-siap tukar jam ke waktu Indonesia.
  • Buatlah solat sunat musafir, supaya perjalanan kita ni mudah dan diredhai. Tiada kecelakaan dan menyenangkan urusan kita dan semua. Solat ni aku rasa memang sangat penting sebab kita memang tak tahu apa yang kita bakal hadapi. 
Semasa:
  • Acara program berubah itu biasa, bergantung pada kita nak adapt perubahan tu. Kita memang sentiasa kena banyak bersabar dan memerhati keadaan sekeliling. Andai terleka, semua benda nak menyesal pun tak berguna lagi.
  • Kalau boleh, cuba dapatkan nasihat tour guide berkenaan tempat yang kita nak pergi. Kita orang baru dan jangan pula berlagak seperti kita dah tahu semua benda. Orang yang dah tinggal lebih 10tahun lebih berpengalaman tahu bila macet (jammed), hari libur dan sebagainya.
  • Well, solat aku di sana memang sangat-sangat tak teratur. Aku pun tak tahu nak salahkan sesiapa, cuma nak salahkan diri sendiri je sebab tak bertindak dengan lebih tegas herm. Bila kita pergi ke group yang bukan geng solat, itu paling payah sekali nak urus sebab stok2 begini semuanya nak cepat-cepat dan laju-laju kejar masa. Itu memang aku paling kesal sekali, Melayu pulak tu. Bangsa lain tak kisah, cuma diorang cakap selesaikan je solat tu dulu. Tolong jaga solat, kalau boleh paksa tour guide berhenti mana-mana musholla. Itulah perkara yang paling aku kesal kat sana.
  • Jaga beg itu elok-elok. Macam aku, mama memang dah siap convert duit dan kami bawa lebih dari Rp.3 juta, jadi aku memang letak setiap sejuta dalam sampul yang berlainan dan diletakkan di tempat berlainan supaya, kalau hilang bukan hilang semua sekali haha. Perbelanjaan kami sehari pun dalam Rp.1 juta atau kurang (termasuk makan dan shopping), kecuali kat Pasar Baru memang hampir Rp.4 juta habis MACAM TU JE.
  • Penjual kat sana aku rasa diorang kreatif sangat, tu memang aku puji la. Buat muka sedih, turunkan harga, tambahkan barang siap free gift haha. Memang macam-macam cara mereka guna untuk pembeli attract kat barang mereka. Tapi, aku pun kekadang takut juga sebab dorang akan pandang, walaupun aku geleng selagi tu lah mereka akan datang dekat. Kita cakap je, "takpe, terima kasih". insyALLAH lama-lama nanti dorang faham lah.
  • Aku lebih suka mengamati pemandangan dari shopping. Aku lebih suka makan dari shopping. Entah, macam aku lebih hargai mata yang aku nak lihat, benda yang aku nak rasa. Kehidupan di sana aku tengok macam sadis pun ada, rumah dah macam setinggan dah. Ada je yang gah-gah tapi itu pun 30% je, siap takde orang yang diami pun. Ada je rakyat mereka yang miskin (bukan fakir- sebab ada handphone) dan kaya. Tapi, sawah padi memang belambak lah.
  • Aku merasakan berat aku naik dengan mendadak di sini, aku makan memang tak ingat dunia. Tak ingat pesan Rasulullah SAW, makan bila lapar henti bila kenyang. Mission failed, hihi. Makanan dia ya Allah sumpah sedap, memang aku hargai betul air tangan orang Indonesia.
  • Kat Tangkuban Perahu, ada lah penjual tu jual strawberi. dia bagi 4 pek strawberi & 1 pek raspberry = Rp.60rb -> RM12. Jadi kami pun beli sebab dia punya pujuk setengah jam, penat dah nak dengar tapi memang manis dan sedap lah. Lagipun, kami tak singgah ladang strawberi. 
  • Kalau nak shopping, cuba nego harga dari 50% ke 70%, kalau tak dapat, pergi lah ke kedai lain sebab banyak je pilihan yang ada. Jangan buang masa kat satu kedai je. Selalunya, bila kita nak angkat kaki dari kedai tu, akhirnya mesti penjual tu akan bagi harga yang kita nak ATAU dia kan tambah Rp.10rb lagi. Aku dah nampak permainan dia. TAK TAHAN GUNA AYAT "Harga pecah TELUR, buk". Lepas beli, mesti dia doakan, "moga diberkati dan dimurohkan rejeki". Kita pun jawab lah, "ya, untuk kamu juga".
  • Bahasa mereka mudah je difahami. Cuma ada sesetengah ayat agak pelik dan confusing. Tak berdosa pun tanya mereka ayat apa yang mereka maksudkan. Rakyat mereka sangat baik dan peramah. Tandas yang aku pergi setakat ni bersih je tapi pergi restoran punya jelah.
  • Ya, lagi satu surau mereka campur laki perempuan kalau ada tirai pun, jarang-jarang kayu dia tu. Aku memang naik stress dengan perkara ni. Tempat wudhu pun takde penghadang, bayangkan ambik air sembahyang sebelah lelaki, rasa nak pitam. Terpaksa ambik kat tandas, takde dah choice lain.
  • Kalau pergi Bandung, cuba lah try jus 3 layers: avocado, manggo dan durian belanda. Memang sedap, ingat Malaysia je ke ada Teh 3 layers haha.
  • Di Pasar Baru, kalau boleh dapatkan khidmat untuk orang angkut barang dan guide kita. Itu lagi baik sebab dia akan memudahkan urusan kita. Cakap je mana nak pergi, dia akan terus meluru ke kedai tersebut. Ada 1 kedai kat Pasar Baru jual barang cenderahati murah-murah. Engkorang bayangkan 10 keychain boleh dapat RM4 je. Gila tak gila di situ.
  • Aku dah jadi assistant, jadi aku akan sentiasa pegang kalkulator kat tangan untk bersedia convert Rp ke RM haha. Pengiraannya mudah sahaja:
1Rp. > RM0.03
Harga barang tu Rp.10 ribu, berapa harga dalam RM?
10ribu x 0.03 / 100 = RM3

RM0.03 > 1Rp.
Situasi seperti di atas, cuma tukar je nak harga RM3, berapa dalam Rupiah?
3 / 0.03 x 100 = Rp. 10 rb

Selepas:
  • Unpack barang dan distribute kat kawan-kawan yang upah korang beli barang hehe.

"Andai kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, Allah pasti menambahkan nikmat itu lagi"
"Jadilah musafir yang menghargai alam dengan apa adanya"