IT'S ALREADY 2015 and we have reached to 27th day. Banyak suka duka pada tahun lalu, sakit derita riang tawa pun boleh tahan banyaknya juga dipelajari. Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa, ada yang menenangkan jiwa tak lupa juga yang menyakitkan hati. Itu pengajaran buat aku. Tiba-tiba rasa lokek pula menulis belog, lama sangat menyepi - nak cari idea, masa, dan kerajinan nak menulis. Well, im not a good writer. Tak pandai ikut kronologi cerita mahupun sequence storyline. Sebab itulah kalau bersembang dengan orang, aku lah yang paling banyak sembur flashback. Kejap throwback kisah tu, tiba-tiba throwback cerita orang lain. Siapa faham tu baguslah, kalau yang berkerut-kerut dahinya, terpaksa lah aku tarik nafas panjang pejam mata kuat-kuat then cakap perlahan one-by-one cerita.
OK, back to entry 2015. Walaupun aku dah lama tak membelog, mata dan jariku masih mengganas untuk menjengah belog belog orang lain. Ramai juga yang sudah menulis azam 2015, flashback suka duka 2014, 2013, 2012 malahan pada tahun kelahiran mereka. Mataku yang acah-acah mengira berapa ekor kambing biri-biri yang membuat lompatan berpagar akhirnya boleh aktif apabila membaca pelbagai kisah manusia. Kejap ketawa, kejap meleleh, kejap lap hingus, kejap sigh, kejap gelak terbatuk-batuk. Macam-macam sungguh kisah yang Allah SWT rencanakan buat manusia. Di setiap kepahitan itu, mesti ada kemanisannya. Sebalik ujian yang ditimpakan haruslah ada hikmah untuk kita pelajari. Hah tengok, lari topic lagi.
I always wish that 2015 will be my great year. My lucky year. Sebab 2014, 2013, 2012, 2011,... bla bla bla.. were not my lucky years. Banyak sangat azam yang tak tercapai, only 1 out of 10 je yang tercapai. Aku percaya pada one statement ni, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak". Well, this is what I want to hold for this year, insyAllah. Let's cekidaut the list. It's just what I want to be, what I need to improve, and it's all about me (*AllAboutUs rhythm)
1. Jadi hamba Allah SWT yang bertakwa
Beribadah kerana cintaNya, bukan sekadar mengikut perintahNya sahaja. Cinta Allah SWT itu adalah tujuan, cinta Rasulullah SAW adalah jalan. Jadi, perlu banyakkan selawat. Istiqomah dalam majlis-majlis ilmu. Banyak benda yang perlu dititikberatkan, entah cara solat betul, bab-bab kebersihan, wudhu, fikh haidh istihadah, solat jamak qasar. Hah, banyak benda nak belajar. Belajar sungguh-sungguh sebab nak Allah SWT cinta pada kita juga. Itu baru fikh zahir, tasauf belum lagi. Perangai serupa Iblis masih lagi ada dalam hati. Nafsu yang membuak-buak, nak itu ini, tengok perkara maksiat, selalu bersangka buruk, asyik marah-marah. So, agak-agak keadaan kita yang begini, sudikah Allah SWT cintakan kita? Mulut kata cinta tapi amal on-off-on-off. Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak" so kena buat semua ni barulah boleh raih cintaNya.2. Penyejuk mata dan jiwa buat Ayah dan Mama
Mudah sahaja nak jadi anak solehah, kita dengar dan ikut sahaja kata-kata orang yang dah bersusah payah membesarkan kita. Redha Allah SWT terletak pada redha ayah mama. Macam biasalah, apabila kononnya penat belajar kat Uni jadi bila pulang ke kampung halaman nak jadi sang raja pula. Buat itu malas, buat ini tak nak. Mana lah depa tak marah. Bila dah marah, mula rasa serba salah pula. Nabi SAW pernah bersabda, antara umat yang dia cintai adalah mereka yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Juga, teringat kisah waliyullah, Uwais al-Qarni sangat menjaga ibunya dan Syed Mokhtar al-Bukhary yang mendahulukan ibunya dalam segala hal sehingga beliau menjadi seorang yang hebat kini. Bila dengar atau terbaca kisah kehilangan ibunya buat selama-lamanya, mula rasa menyesal tak jadi anak yang baik lepas tu buat lagi. Jangan sampai mereka tiada baru, terhegeh-hegeh berjanji untuk taat. Paling pedih bila mak kita cakap kita kuat melawan, boleh tahan sentap itu. Zahirnya kita rasa kita tak melawan, cuma menyatakan pendapat rupanya itu dianggapnya melawan kata. Mungkin lepas ini, hanya angguk dan geleng sahaja menjadi respon. Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak" boleh diiktiraf sebagai penyejuk mata jiwa ayah mama.3. Sahabat yang membahagiakan
Ramai mereka yang sudah bersahabat denganku lebih 3 tahun pasti jawapan mereka, "kau ni heartless sungguh!". Heartless pun dalam hati ada taman ok? Ada macam-macam jenis bunga dan buah-buahan lagi. Tapi, memang itu hakikatnya. Aku jarang nak meluahkan sayang dengan kata-kata, menyatakan maaf, bertanya itu ini sebab entahla. "Heartless" dan "ego". Selalu juga ditegur dengan perangai seolah-olah minta penumbuk sepam dua. Terkadang tak fikirkan perasaan orang, main sembur je sana sini walaupun niat hanya untuk bergurau. Tapi, depa pun main kasaq dengan aku jugak? "What you give, you get back". Banyak juga bertemu dengan sahabat-sahabat yang suka membantu, menyayangi, baik hati dan macam-macam lah. Mengambil sabdanya,"tidaklah sempurna iman seseorang itu andai dia mencintai saudaranya melebihi dirinya sendiri". I have not reach to that level, melebihi orang lain dari segala-galanya. Iman belum mantap, masih ada selfishness yang terbenam dalam hati ini. Tolonglah robek jantungku dan semai dengan cinta kasih sayang. Banyak dosa aku pada orang lain ini, minta maaf pun belum lagi ni. Ampun dan maaf andai aku pernah menyakiti hati sesiapa melalui kata-kata, perbuatan dan hati kotor ni. Suka sangat baca kisah sahabat-sahabat Nabi SAW, sebab itulah baginda dicintai oleh sahabat-sahabatnya dan orang sekeliling.Sesiapa yang mahu dikasihi, dia perlu mengasihi dulu. Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak" maka, berubah menjadi orang yang berbahagia kau akan jadi orang itu.4. Wanita yang memberi manfaat
Di dunia yang penuh pancaroba ini, tanpa disedari kita (wanita) sedang merembes fitnah kepada dunia sekarang. Melalui alam maya mahupun di realiti. Siapa itu wanita yang bermanfaat? Mereka itu adalah yang menyebarkan kebaikan kepada orang lain, tak lokek membantu walau dalam apa jua keadaan. Segala masalah akan cuba diselesaikan, tidak terlalu mementingkan diri seniri, sentiasa memikirkan masalah ummah dan cari solusi tanpa sibuk dengan dunia Fb, WhatsApp, Kicauan dan macam-macam lagi. Apabila orang bersama dia, orang tidak pernah berasa payah dan susah tetapi senang dan gembira. Orang yang memberi manfaat kepada orang lain memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Semoga Allah SWT memberikan kemampuan itu kepada kita. Pengorbanan. Ringkas tapi sakit. "Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan memudahkan urusannya di akhirat kelak". Ayuh kita usaha ke arah itu! Back to the principle, "kau gigih kau rajin, kau boleh capai apa kau nak"iaitu menjadi orang yang bersyukur dan menyebarkan manfaat kepada orang sekeliling.I wish that this year will be our lucky year. Allah SWT always knows what resides in our heart, He listens our prayers, He sees what we do. We only find Him when we are depressed but He always lift us high when we forget Him. Love Allah SWT, love Rasulullah SAW. And I am trying to love all the people around me and appreciate everything.